Kapal Peronda Luar Pesisir pertama diserah kepada APMM

  • News
  • January 3, 2024

PELABUHAN KLANG: Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) buatan tempatan secara rasminya diserahkan TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada 2 Januari 2023.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, penyerahan secara rasmi itu bagi membolehkan kapal berkenaan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

“Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman COVID-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport,” katanya dalam satu kenyataan.

OPV1 dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7.

Sebelum ini penyerahan kapal berkenaan ditangguhkan empat kali iaitu pada Mac, Julai, November dan Disember 2023 sebelum diserahkan secara rasmi semalam.

Difahamkan, penangguhan itu berikutan kelewatan menerima peralatan utama yang ditempah dari luar negara serta menunggu percubaan pelayaran di laut sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.

Mengulas lanjut, Ruji berkata OPV1 juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Kapal berkenaan boleh mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

Ia turut dilengkapi peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

“OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

“Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Maritim Malaysia memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera,” katanya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025