Kapal Peronda Luar Pesisir pertama diserah kepada APMM

  • News
  • January 3, 2024

PELABUHAN KLANG: Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) buatan tempatan secara rasminya diserahkan TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada 2 Januari 2023.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, penyerahan secara rasmi itu bagi membolehkan kapal berkenaan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

“Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman COVID-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport,” katanya dalam satu kenyataan.

OPV1 dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7.

Sebelum ini penyerahan kapal berkenaan ditangguhkan empat kali iaitu pada Mac, Julai, November dan Disember 2023 sebelum diserahkan secara rasmi semalam.

Difahamkan, penangguhan itu berikutan kelewatan menerima peralatan utama yang ditempah dari luar negara serta menunggu percubaan pelayaran di laut sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.

Mengulas lanjut, Ruji berkata OPV1 juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Kapal berkenaan boleh mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

Ia turut dilengkapi peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

“OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

“Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Maritim Malaysia memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • January 22, 2025
  • 49 views
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana Khazanah…

  • News
  • January 17, 2025
  • 59 views
Datuk Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM Yang Baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu. Beliau yang juga memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

  • January 22, 2025
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

  • January 22, 2025
Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

  • January 20, 2025
Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

  • January 20, 2025
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

  • January 20, 2025
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

  • January 20, 2025
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS