Rasuah Agong: Tun M minta bukti, jangan jadi pengecut

  • News
  • January 11, 2024

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduhnya merasuah Yang di-Pertuan Agong RM500 juta hingga RM1 bilion atas tujuan menumbangkan Kerajaan Perpaduan untuk mengemukakan bukti.

Bekas Perdana Menteri itu melabelkan individu yng melemparkan dakwaan itu sebagai pengecut kerana berselindung.

“Sila buktikan bahawa saya melakukan ini. Membuat kenyataan sedemikian dan menyembunyikan identiti anda adalah pengecut,” tegas Tun Mahathir.

Menurut beliau, dalam urusan rasuah kedua-dua pemberi dan penerima adalah bersalah.

Justeru, Dr Mahathir membangkitkan persoalan “Adakah penulis mencadangkan agar Agong ditangkap kerana menerima rasuah? Adakah beliau mempunyai bukti bahawa Agong mengambil 1 bilion Ringgit daripada saya? Soalnya.

“Seperti yang semua orang tahu Anwar pernah berkata saya ada berbilion Ringgit. Diminta tunjukkan bukti saya ada duit, sampai sekarang dia belum dapat buktikan saya ada duit.

“Sekarang kenyataan bahawa saya merasuah Agong dengan 1 bilion bermakna saya ada wang.

“Jika Anwar tidak dapat membuktikannya sehingga kini mungkin pencetus kenyataan itu harus menunjukkan kepada Anwar bahawa saya mempunyai wang untuk merasuah,” katanya.

Lapor portal SuaraTV memetik catatan blog Corporate Untold pada 8 Januari 2024 bertajuk “Tukar Kerajaan: Tengku Zafrul dalang PN dan Tun M Cuba Rasuah YDPA RM1Bilion sebelum 31 Januari”.

Blog itu mendakwa kononnya Kali ini Perikatan Nasional (PN) dan Tun Dr Mahathir melalui Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang rapat dengan Yang DiPertuan Agong didakwa cuba untuk merasuah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebanyak RM1 bilion berbaki lebih kurang dua minggu sebelum tempoh YDPA berakhir 31 Januari ini untuk merampas kerajaan ketika ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan mengetuai cubaan memberi rasuah kepada YDPA namun ramai tidak tahu Tengku Zafrul mendalangi dari dalam bagi usaha pemberian dana dan akses kepada YDPA, tulis blog berkenaan.

Tun Mahathir dalam satu nota lain turut menempelak Setiausaha Politik Anwar, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang membuat laporan bahawa bercakap tentang penyingkiran PM harus diharamkan.

“Kita tidak boleh bercakap tentang 3R. Kita tidak boleh mempolitikkan bajet. Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang penggulingan PM.

“Jadi tiada siapa boleh bercakap tentang apa-apa. Dan inilah Kerajaan yang dipimpin oleh seorang lelaki yang sebelum ini bercakap tentang reformasi, tentang kebebasan,” bidasnya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 389 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025