Magna Prima bangun hartanah RM1.2 bilion di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Magna Prima Bhd, Twinicon (M) Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan bersyarat dengan Golden Rainbow View Sdn Bhd untuk melaksanakan pembangunan bercampur di lima bidang tanah pegangan bebas bersebelahan yang terletak di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion.

Magna menjelaskan projek itu akan meliputi lot komersial, unit pejabat kecil, pejabat rumah (SOHO), pangsapuri berperkhidmatan, suite pejabat dan sebuah hotel.

Menurutnya, cadangan pembangunan bersama itu akan menyaksikan Twinicon sebagai pemilik tanah manakala Golden Rainbow sebagai pemaju yang dilantik.

“Twinicon berhak mendapat 10 peratus daripada GDV projek, tertakluk kepada jumlah minimum RM350 juta (kelayakan pemilik tanah) kerana menyumbang tanah pembangunan kepada pemaju,” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Magna Prima menjangkakan projek itu dimulakan serta-merta selepas pemaju memperoleh perintah pembangunan daripada pihak berkuasa berkaitan, yang dijangka diperoleh pada suku ketiga 2024 dan akan dibangunkan dalam tempoh kira-kira enam tahun.

Tanah pembangunan itu kini dijelaskan oleh Hap Seng Credit Sdn Bhd disebabkan pinjaman bank tertunggak kira-kira RM46.53 juta, berhutang dengan Hap Seng Credit setakat 31 Disember 2023, tambahnya.

Magna Prima memaklumkan syarikat berhasrat menggunakan RM45 juta daripada hak pemilik tanah itu untuk penyelesaian pinjaman Hap Seng, yang perlu dibayar pada Jun 2024.

Menurutnya, cadangan pembangunan bersama itu dijangka mengakibatkan kerugian proforma kepada syarikat.

“Syarikat perlu mengklasifikasikan semula tanah pembangunan daripada hartanah pelaburan kepada inventori.

“Hasilnya, syarikat akan mengiktiraf kerugian proforma RM197.83 juta secara serta-merta yang timbul daripada pembalikan keuntungan nilai saksama yang telah diiktiraf oleh syarikat sebelum ini, untuk mencerminkan kos pelaburan asal sebanyak RM171.82 juta sebagai nilai aset bersih tanah itu,” jelasnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025