AGC bantah semakan kehakiman Aman Palestin terhadap tindakan SPRM

  • News
  • February 6, 2024

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara (AGC) akan memfailkan bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Aman Palestin terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan 11 akaun bank miliknya.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 dan 20 Februari ini untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis.

Mahkamah turut menetapkan 27 Februari ini untuk pendengaran permohonan semakan kehakiman.

Dalam pada itu, peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, turut mengesahkan perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya turut memfailkan perakuan segera bagi menyegerakan pendengaran kerana terdapat keperluan mendesak untuk menghantar bantuan ke Palestin.

Muhammad Rafique berkata, pihaknya berjanji menghantar RM10 juta kepada empat organisasi bagi kempen musim sejuk.

Katanya, sebelum akaun berkenaan dibekukan, pihaknya sudah menghantar sebanyak RM3 juta.

“Kita telah failkan perakuan segera, kita peru segerakan pendengaran ini seperti seluruh dunia tahu bantuan amat diperlukan.

“Jadi disebabkan tidak ada sebarang jawapan, hari ini kita hadir mahkamah pendengaran jam 9 pagi, kami dapat pengesahan, bantahan akan difailkan Jabatan Peguam Negara,” tambahnya lagi.

Rafique dalam pada itu turut menyatakan dengan jelas kepada pihak SPRM, bahawa anak guamnya, Aman Palestin sememangnya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat SPRM sejak Oktober tahun lalu.

“Namun Aman Palestin sememangnya memerlukan dana mereka dikeluarkan segera.

“Ini kerana terdapat badan NGO besar di Turki, Syria, Yaman dan Lubnan yang sudah bersiap sedia untuk menerima dana tersebut,” tambahnya lagi.

Pada 31 Januari lalu, badan bukan kerajaan itu telah memfailkan semakan kehakiman di mahkamah tinggi 31 Januari lalu, untuk memohon supaya 11 akaun bank miliknya berjumlah RM11.03 juta dinyahbekukan dengan serta-merta.

Permohonan difailkan itu bertujuan bagi perbelanjaan harian, penggajian pekerja, pentadbiran, operasi dan misi-misi bantuan Aman Palestin bagi tempoh tiga bulan ke hadapan.

Selain itu, Aman Palestin antara lain juga memohon satu deklarasi bahawa pihaknya berhak untuk terus mengumpul dana daripada orang awam serta menyalurkannya secara terus kepada mangsa perang di Gaza yang sedang dizalimi rejim Israel.

Selain SPRM antara tujuh responden yang dinamakan dalam saman itu ialah Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki, Pengarah Kanan Penyiasatan Datuk Seri Hishamuddin Hashim, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Datuk Zamri Zainul Abidin, dan kerajaan.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025