Saham Reneuco menjunam 43.75 peratus pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Harga saham Reneuco Bhd susut pada sesi awal dagangan Rabu selepas Bursa Malaysia Securities memberi amaran bahawa urus niaga saham berkenaan akan digantung jika syarikat itu gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023, menjelang esok.

Sehingga jam 10 pagi ini, saham syarikat yang juga pakar tenaga boleh baharu itu susut 43.75% atau 3.5 sen kepada 4.5 sen dengan 157.18 juta saham saling bertukar tangan.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Bursa Malaysia berkata Reneuco telah gagal mengemukakan laporan tahunan menjelang 31 Januari yang merupakan tarikh akhir penyerahan di bawah peraturan penyenaraian.

Berikutan itu, syarikat terbabit diberi tempoh selama lima hari pasaran untuk mengemukakan laporan berkenaan dan jika gagal, dagangan sahamnya akan digantung berkuatkuasa jam 9 pagi pada Jumaat. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 305 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan