Ringgit jatuh kepada RM4.78 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Rabu, di tengah-tengah laporan inflasi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal dan membayangkan kemungkinan pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah pada paras semasa.

Pada 9 pagi ini, ringgit susut ke paras 4.7820/7880 berbanding dolar AS daripada 4.7600/7665 pada akhir urus niaga semalam.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata perkembangan terkini itu turut melonjakkan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.68 peratus kepada 104.879 mata.

Biro Statistik Tenaga Kerja AS (BLS) melaporkan inflasi yang diukur oleh perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), turun kepada 3.1 peratus pada Januari 2024 daripada 3.4 peratus yang dicatatkan pada Disember 2023.

Angka terbaharu itu mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 2.9 peratus.

Berikutan itu, katanya, Fed dijangka mengekalkan kadar faedah yang stabil sehingga benar-benar yakin bahawa inflasi akan mencecah sasaran pada dua peratus.

“Mata wang utama seperti euro dan dolar AS serta dolar AS/yen Jepun juga rendah berbanding dolar AS. Oleh itu, ringgit mungkin kekal rendah berbanding dolar AS pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1734/1776 daripada 3.1827/1872 pada akhir dagangan Isnin, mengukuh berbanding pound Britain kepada 6.0186/0262 daripada 6.0243/0325 serta meningkat berbanding euro pada 5.1191/1256 daripada 5.1256/1326.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, namun mengukuh berbanding baht Thailand pada 13.2484/2701 daripada 13.3240/3478, semalam.

Ringgit bagaimanapun turun berbanding peso Filipina kepada 8.51/8.53 daripada 8.50/8.52, susut sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.5391/5438 berbanding 3.5377/5428 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 306.4/306.9 daripada 305.0/305.6, semalam. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat