Helikopter mendarat cemas ketika latihan – Maritim Malaysia

  • News
  • March 5, 2024

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan helikopter jenis AW139 kendaliannya melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, berkata operasi mencari dan menyelamat diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Putrajaya pada 10.15 pagi, selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pemancing.

Beliau berkata, pesawat itu diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 dari Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang.

“Semua kru AW139 diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan diterbangkan ke Stesen Udara Maritim Subang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hamid berkata sebelum itu, bot pemancing di tempat kejadian memberi bantuan awal kepada kru terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) serta KM Bagan Datuk turut diatur gerak bagi melakukan kawalan keselamatan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 11.15 pagi dan Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu di Putrajaya, CAAM mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Maritim Malaysia terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor namun tiada kehilangan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu membabitkan helikopter model AW139 nombor pendaftaran M72-01 yang membawa empat orang termasuk juruterbang.

“Helikopter berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 9.10 pagi bagi latihan penerbangan.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 9.20 pagi, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti tempat helikopter terbabit, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu.

Norazman berkata, semua mangsa diselamatkan dengan helikopter penyelamat yang kemudian mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 10.58 pagi. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 120 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 134 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan