Kadar cukai perkhidmatan naik kepada 8% untuk aktiviti antara perniagaan, kemahuan

  • News
  • February 29, 2024

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% ke 8% yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (discretionary) dan aktiviti antara perniagaan (business-to-business; B2B).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan itu memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, parkir kenderaan, telekomunikasi serta logistik.

“Bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara. Meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkan ini dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu memperluas asas cukai demi memperkukuh asas fiskal negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan sepertimana digariskan di bawah kerangka Ekonomi Madani.

Pada masa sama, kerajaan turut giat merangkul seluruh kekuatan dan tenaga bagi melaraskan semula trajektori ekonomi negara merangkumi amalan perbelanjaan yang berhemat, mengurangkan ketirisan serta menarik pelabur langsung asing (FDI).

Sistem percukaian yang ditambah baik dijangka meraih tambahan hasil yang dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada negara.

Hasil tambahan ini dapat dimanfaatkan untuk menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat, selain memperbanyakan penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti kesihatan, sekolah dan jalan raya.

Menurut Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 yang telah diwartakan pada 23 Februari 2024, semua perkhidmatan bercukai yang disenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 8%.

Ini termasuklah perkhidmatan bercukai yang diimport dan perkhidmatan digital.

Di samping itu, liputan cukai perkhidmatan akan diperluas bagi menyelaras dan memberi layanan cukai sama rata ke atas perkhidmatan tertentu dalam industri yang sama.

Sebagai contoh, pusat karaoke yang berunsur hiburan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8%, sama seperti pusat-pusat hiburan lain yang merangkumi kelab malam, dewan tari menari, kabaret dan pusat kesejahteraan.

Perkhidmatan broker dan penajajaminan, yang kini hanya dikenakan kepada perkhidmatan kewangan sahaja, akan diperluas kepada perkhidmatan-perkhidmatan industri broker lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan hartanah.

Peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini.

Sebagai contoh, perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Ini termasuklah perkhidmatan logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Bagi perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan.

Sementara itu, bagi perkhidmatan elektrik, cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj.

Hampir 85% pengguna elektrik berada di bawah ambang ini, dan tidak terkesan dengan kenaan cukai perkhidmatan ini.

Cukai perkhidmatan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.

Amir Hamzah menambah, bagi membolehkan syarikat melaksanakan perubahan dalam cukai perkhidmatan, kerajaan bersetuju dengan tarikh pelaksanaan orang berdaftar sedia ada menyediakan perkhidmatan bercukai sedia ada dan orang berdaftar sedia ada menyediakan perkhidmatan bercukai baharu pada 1 Mac 2024.

Orang berdaftar baharu menyediakan perkhidmatan bercukai baharu pula pada 1 April 2024.

Kerajaan menjangkakan perubahan ini tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan sekali gus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi kerana kenaikan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan ini melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai sahaja. – MalaysiaGazette

Coelho

Related Posts

  • News
  • February 13, 2025
  • 16 views
Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

KUALA LUMPUR: Masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan berhubung isu minyak dan gas Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), menurut Premier Sarawak Abang Johari Openg. “Lebih kurang muktamad, tetapi masih…

  • News
  • February 12, 2025
  • 35 views
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

  • February 13, 2025
Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

  • February 13, 2025
Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

  • February 13, 2025
Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

  • February 12, 2025
MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

  • February 12, 2025
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

  • February 11, 2025
Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi