Draf Akta Pembangunan Semula Bandar akan dibentang di Parlimen – Kor Ming

  • News
  • March 8, 2024

HONG KONG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini di peringkat akhir menyediakan draf Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) Malaysia yang pertama dan akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata sehingga peringkat ini, kementeriannya telah mengadakan banyak sesi dialog awam dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan negeri.

“Melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), kita sudah menyiapkan garis panduan utama pembangunan semula bandar bagi Malaysia dan ia sudah diluluskan oleh Kabinet tahun lalu.

“KPKT bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi terutamanya bahagian penyediaan draf dari jabatan Peguam Negara untuk menyediakan undang-undang tersebut,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama dan The Edge semasa Lawatan Pengkaji Asia Hartanah (AREL) di Hong Kong dan Shenzhen, Edisi China.

Lawatan tersebut dianjurkan oleh Institut REHDA, bahagian penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia dengan lebih 50 wakil melawat pelbagai tapak unik, merangkumi pembangunan semula bandar dan dasar perumahan awam serta undang-undang strata.

Delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, bankir, dan pihak berkuasa kerajaan.

Kor Ming berkata, apabila akta tersebut diluluskan Parlimen, ia akan mencipta peluang berganda dan peluang pelaburan yang melimpah untuk mengubah landskap bandar serta menghasilkan nilai pembangunan kasar (GDV) yang mencecah berbilion ringgit.

Selain itu, katanya, kebakaran dengan nilai kerugian RM2.62 bilion yang direkodkan tahun lalu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) antaranya adalah disebabkan masalah pendawaian rumah yang dapat dielakkan.

“Perancangan dan pembangunan bandar adalah agenda ekonomi dan sosial penting bagi Malaysia, terutamanya dengan kadar urbanisasi semasa pada 78 peratus, yang dijangka akan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Nga berkata, jika tiada inisiatif dilakukan, banyak kawasan kurang membangun yang mungkin berpotensi wujud 20 tahun lagi boleh menyebabkan banyak perumahan strata buruk, usang dan tidak layak didiami di Kuala Lumpur terutamanya di Pandan Indah, Sentul dan di Petaling Jaya, Selangor.

“DBKL sudah mengenal pasti 139 tapak berpotensi yang merangkumi kira-kira 1,372 ekar (555.22 hektar) tanah dalam bidang kuasa DBKL yang sesuai untuk pembangunan semula.

“Pembangunan semula bandar akan merangkumi empat ruang lingkup, pertama iaitu pembangunan semula bandar bermaksud anda merobohkan, kemudian anda membina semula, kedua ialah pemulihan bandar dan ketiga penyegaran semula bandar.

“Dan terakhir, pemuliharaan bandar dengan bangunan warisan negara bukan sahaja kita tidak boleh merobohkannya, tetapi ia juga harus dikekalkan,” katanya.

Beliau memberikan contoh pasar tertua, Pasar Taiping yang juga pasar awam pertama di Tanah Melayu dibina pada 1874, kini sedang melalui pemuliharaan semula secara besar-besaran dan dijangka siap Oktober nanti.

“Proses pemulihan itu sangat sukar…ia kini sedang dibina semula menggunakan bahan binaan yang sama seperti kayu dan warna bagi mengekalkan bentuk warisan dan suasana pasar yang asal untuk memberi lebih nilai sejarah selain menarik pelancong,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 86 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 74 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait