Projek ECRL catat kejayaan baharu apabila capai penembusan 30 terowong

  • News
  • March 12, 2024

KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kejayaan baharu apabila 30 terowong siap dikorek disepanjang jajarannya. 

Ia termasuk penembusan tiga terowong dalam satu hari di Bentong iaitu lebih awal daripada jadual yang ditetapkan dengan menggunakan kaedah “gerudi dan letup”.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga terowong ECRL itu ialah ‘Terowong Bentong 1’ yang sepanjang 561 meter, ‘Terowong Kampung Lentang 1’ (270 meter) dan ‘Terowong Kampung Lentang 2’ (478 meter). 

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pencapaian ini didokong dengan teknologi pengorekan terowong yang canggih serta dedikasi dan kerjasama erat pasukan ECRL.

“Kami optimis pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke ITT Gombak akan siap pada Disember 2026. Ini memandangkan kerja-kerja pengorekan terowong yang agak mencabar dan kebergantungan keadaan geologi telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengenai kemajuan ECRL, Darwis berkata ia telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 62.40% setakat Februari 2024.

“Ini disokong oleh kerja-kerja infrastruktur yang pesat termasuk pengorekan terowong, pelancaran rasuk jejambat, pemasangan landasan dan pembinaan stesen,” jelasnya.

Pembinaan terowong ECRL di daerah Bentong akan membolehkan landasan kereta api mematuhi kecerunan maksimum sebanyak 0.9% serta mengurangkan penebangan hutan terbuka dan meminimumkan kesan terhadap hidupan liar di kawasan tersebut.

Projek ECRL merangkumi pembinaan 41 terowong dengan jarak keseluruhan kira-kira 69 km di sepanjang jajarannya, di mana 21 terowong terletak di Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan Seksyen B (Dungun-Mentakab) manakala sebanyak 20 terowong berada di Seksyen C (Mentakab-Port Klang).

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 74 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 61 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH