SC cela juruaudit langgar piawaian pengauditan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze serta Jayapalasingam Kandiah.

Katanya, sebagai rakan kongsi tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit entiti berkepentingan awam (PIE), Voon Sze telah gagal melaksanakan prosedur audit dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi untuk menyokong asas bagi pendapat bersyarat dalam laporan juruaudit.

“Pelanggaran ini merupakan ketidakpatuhan terhadap Piawaian Antarabangsa tentang Pengauditan (ISA) yang berkaitan seperti yang diterima pakai oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA),” menurut SC dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarat-syarat adalah yang berkaitan dengan perjanjian tertentu yang dimeterai oleh PIE.

“Voon Sze gagal menilai sama ada kesan perjanjian ini adalah pervasif atau sebaliknya dalam penyata kewangan PIE dan menilai kesahihan dan kebolehkuatkuasaannya,” katanya.

Sementara itu, Jayapalasingam, seorang Penyemak Kawalan Kualiti Tugasan, telah gagal menyemak dengan secukupnya dokumentasi audit terpilih yang berkaitan dengan pertimbangan penting dan bidang risiko penting dalam tugasan dan asas kesimpulan yang dicapai, terutamanya asas untuk pendapat bersyarat berkenaan.

Berkenaan dengan Nexia, katanya firma audit telah dicela kerana kualiti prestasi tugasan dan ketidakpatuhan terhadap keperluan berkaitan Piawaian Antarabangsa tentang Kawalan Kualiti 1 (ISQC 1) seperti yang diterima pakai oleh MIA, khususnya mengenai pengumpulan fail dan dokumentasi audit. 

-BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ancom Nylex Berhad, melalui anak syarikatnya Nylex Holdings Sdn Bhd, menandatangani satu terma tidak mengikat bagi penjualan sehingga 50 peratus kepentingan dalam Maxlive Sdn Bhd…

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Tan Sri (Sir) Francis Yeoh Sock Ping menerima mandat besar untuk terus menerajui Malayan Cement Berhad (MCB) selepas meraih sokongan hampir sebulat suara pada Mesyuarat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa