Bunuh Kevin Morais, 6 lelaki termasuk Pakar Patologi kekal hukuman mati

  • News
  • March 14, 2024

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki termasuk bekas pakar Patologi atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.

Panel tiga Hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengekalkan keputusan itu terhadap bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 53; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; serta S Nimalan, 31.

Hadhariah berkata, Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak terkhilaf daripada segi undang-undang dan fakta selepas meneliti alasan penghakimannya serta keterangan dikemuka di mahkamah berkenaan.

“Kami mendapati sabitan dan hukuman dikenakan (terhadap lelaki terbabit) oleh Mahkamah Tinggi adalah betul.

“Mengambil kira kejadian pembunuhan adalah sesuatu yang dirancang dengan rapi, keadaan mayat semasa dijumpai menunjukkan kekejaman semua tertuduh.

“Tidak cukup dengan bunuh mangsa, kereta dibakar dan barang peribadinya dibuang. Kejadian bunuh ini boleh dikategorikan sebagai luar biasa daripada yang biasa.

“Oleh itu, hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukan semua tertuduh adalah gantung sampai mati, jadi rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman ditolak serta sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.

Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais.

Mereka didakwa membunuh Kevin Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September tahun sama.

Hadhariah berkata, pembelaan semua tertuduh antara lainnya adalah tidak mengenali Kevin Morais, tiada motif dan orang yang baik.

“Pembelaan semua tertuduh ditolak hakim bicara (Mahkamah Tinggi) kerana dikatakan pembelaan direka kemudian dan tidak menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan.

“Oleh itu, sabitan dikenakan. Di peringkat rayuan, antara isu dibangkit tertuduh ialah mereka tiada niat bersama membunuh mangsa dan saksi pendakwaan ke-54 (G Gunasekaran) bukan saksi boleh dipercayai serta memberi keterangan palsu, selain pembelaan tertuduh tidak dipertimbangkan.

“Setelah meneliti kandungan rekod rayuan, kami mendapati semua isu ini tidak bermerit untuk dipertimbang dan saksi itu bercakap benar serta pembelaan dibangkitkan adalah sesuatu difikirkan kemudian,” katanya.

Pada 28 September 2015, tujuh tertuduh termasuk Gunasekaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana membunuh dan bersubahat membunuh Kevis Morais.

Bagaimanapun, lelaki itu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais.

Gunasekaran dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan kes bunuh itu masuk hari ke-36, pada 20 Disember 2016.

Lelaki itu kemudian dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-54 pada perbicaraan hari ke-39 kes pembunuhan itu.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta