Kopa Group sasar tembusi lebih banyak negara Eropa

BERLIN: Pengeluar pakaian dari Malaysia, Kopa Group, menyahut cabaran untuk menembusi lebih banyak pasaran di Eropah, termasuk Jerman, negara pengeluar jenama sukan terkenal Adidas dan Puma.

Ketua Pegawai Kewangannya, Nik Mohd Rizal Nik Ibrahim, berkata walaupun masih baharu dalam industri, namun syarikat itu yakin untuk meneroka pasaran yang lebih luas dengan menampilkan produk pakaian sukan dan korporat yang berkualiti dengan reka bentuk mengikut fesyen terkini.

“Pada masa ini kami mempunyai pengedar di United Kingdom, Perancis, Indonesia dan Kemboja. Kami berharap kehadiran kami di sini akan memberi pendedahan yang lebih besar kepada kami,” katanya ketika ditemui di reruai Malaysia pada acara SME Future Day 2024, di sini.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada ekspo perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di negara itu yang dianjurkan German Association for Small and Medium-sized Businesses (BVMW).

Kopa Group merupakan satu daripada enam syarikat Malaysia yang menyertai ekspo tersebut, selain Marniq Bersatu Sdn Bhd, Primelux Energy Sdn Bhd, Ade Azhar Trading Sdn Bhd, Marrybrown dan Old Town White Coffee.

Menurut Nik Mohd Rizal, syarikat itu yang mampu mengeluarkan 120,000 helai jersi setiap tahun menerima banyak maklum balas daripada pengunjung di ekspo tersebut termasuk dari negara Eropah dan Amerika Selatan.

“Sebuah syarikat dari Bolivia sangat kagum dengan produk kami dan mahu menempah satu juta helai. Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dengan mereka sebelum memuktamadkan janji niaga ini,” katanya.

Pakaian sukan Kopa Group diedarkan di bawah nama KakiJersi dan syarikat itu mempunyai kilang di Batu Caves.

Mohd Rizal berkata, tudung jenama Belhams yang dikeluarkan syarikatnya sudah pun diedarkan di Perancis, Indonesia dan Kemboja, dan mereka berharap untuk mencari pembeli di Jerman, yang mempunyai kira-kira 5.5 juta orang Islam.

Sementara itu, Presiden kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail, berkata penyertaan bank berkenaan dalam ekspo tersebut adalah salah satu pendekatan yang diambil untuk membantu PKS Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

“Peranan kami bukan sahaja menyediakan pinjaman tetapi juga latihan berkaitan eksport dan mencari pasaran baharu. Kami telah mewujudkan Program Eksport Perniagaan (BEP) untuk tujuan ini,” katanya.

Walaupun diberitahu dalam masa yang singkat untuk menyertai ekspo tersebut, Aria Putera berkata syarikat-syarikat menerima maklum balas yang positif daripada bakal pembeli.

“Ini sudah tentu akan meningkatkan semangat PKS kita dalam usaha mereka untuk menghasilkan produk berkualiti dan meneroka pasaran baharu,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan