Isu kalimah Allah: Pemangku Sultan Johor gesa tindakan tegas

  • News
  • March 19, 2024

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Menyifatkan perkara itu bukan remeh, baginda bertitah langkah itu perlu bagi memastikan isu itu tidak berulang lagi.

Baginda bertitah dalam satu kenyataan hari ini, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh.

“Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu guat keharmonian negara,” titah baginda.

Baru-baru ini tular isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah oleh KK Mart di Bandar Sunway sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalagan umat Islam.

Susulan itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan itu, Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf dan menyatakan beliau sendiri tidak boleh terima penjualan stoking terdapat kalimah Allah.

Katanya, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan terbabit, kesilapan seumpama itu tidak pernah berlaku.

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 120 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 134 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan