Sentimen berhati-hati, Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan sentimen berhati-hati walaupun terdapat pengumpulan saham mewah yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.39 mata kepada 1,549.25 daripada 1,553.64 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.05 mata kepada 1,551.59.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 222 berbanding 202 manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,544 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 442.98 juta unit bernilai RM189.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, percaya momentum belian pada Isnin didorong terutamanya oleh institusi tempatan berikutan lebih banyak dana kembali masuk ke pasaran domestik.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,550 hingga 1,560 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot empat sen kepada RM9.71, RM6.61 dan RM6.82.

Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.27 dan TNB susut enam sen kepada RM11.54.

Bagi saham aktif, Vsolar menambah 1.5 sen kepada 13 sen, MMAG naik satu sen kepada 15 sen dan Ta Win susut setengah sen kepada tiga sen manakala Hong Seng dan Harvest Miracle Capital, masing-masing tidak berubah pada satu sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.87 mata kepada 11,535.50, Indeks FBMT 100 berkurangan 23.31 mata kepada 11,195.54 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 19.14 mata kepada 11,544.87.

Sementara itu, Indeks FBM ACE naik 28.77 mata kepada 4,745.89 dan Indeks FBM 70 meningkat 2.31 mata kepada 15,717.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 64.90 mata kepada 17,274.15, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.35 mata kepada 176.89 dan Indeks Perladangan berkurangan 10.06 mata kepada 7,275.38 manakala Indeks Tenaga naik 4.04 mata kepada 932.45. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 305 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan