PTT Synergy raih kontrak RM299 juta bina jambatan, jalan di Kelantan

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh PTT Synergy, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd, peroleh kontrak bernilai RM229 juta daripada Prima Wahyu Sdn Bhd pada 21 Mac 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata kontrak itu merupakan projek pembinaan jambatan Palekbang-Kota Bharu dan jalan penghubung di Jajahan Tumpat dan Jajahan Kota Bharu, Kelantan.

Kumpulan pembinaan dan pelaburan hartanah bersepadu itu berkata, kerja-kerja akan bermula pada 25 Mac ini dan siap pada 15 September 2026.

PTT Synergy berkata, Pembinaan Tetap Teguh memeterai perjanjian kerjasama dengan Prima Wahyu untuk meneroka kerjasama untuk mendapatkan kerja pembinaan di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, Prima Wahyu ialah syarikat pembinaan yang mana 67% dimiliki oleh Noruzzaman Che Idris dan 33% dimiliki oleh Wan Afandi Wan Ahmed.

“Kerjasama itu dilihat sebagai pakar sinergi, yang mana kedua-dua pihak menyumbang dalam bidang kepakaran masing-masing untuk kerjasama itu.

“Selain itu, kerjasama ini membolehkan Pembinaan Tetap Teguh meluaskan lagi kehadiran dan peluang perniagaannya di wilayah Pantai Timur,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar