LTAT isytihar dividen 5% bagi 2023 dengan agihan berjumlah RM485 juta

  • News
  • April 4, 2024

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5%, sama seperti 2022 dengan bayaran yang lebih tinggi.

LTAT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengagihkan sejumlah RM485.08 juta berbanding RM476.45 juta yang dibayar pada 2022.

Kumpulan itu yang kebanyakannya menguruskan simpanan persaraan anggota tentera, mengagihkan dividen kepada 123,380 pencarum.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar dividen yang diumumkan ini secara asasnya menzahirkan perkembangan positif buat LTAT untuk memberi kadar dividen yang telah beransur pulih, mampan dan stabil.

“Pengumuman dividen ini adalah berdasarkan posisi kewangan LTAT yang kukuh. Keseluruhan gabungan rizab LTAT merekodkan kedudukan kewangan yang sentiasa positif.

“Kadar dividen yang diumumkan ini adalah perkembangan yang positif buat LTAT kerana ia berjaya untuk memberi kadar dividen yang beransur pulih, mampan dan stabil,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebuah kumpulan wang simpanan bagi angkatan tentera, LTAT memikul mandat yang besar dan kritikal.

“Jika kita soroti prestasi pada 2023, LTAT melalui fasa transformasi yang signifikan bagi melonjakkan semula prestasi dan imejnya.

“Ini termasuk memperkenalkan pelbagai penambahbaikan terhadap pengukuhan tadbir urus, memulih dan meningkatkan pulangan pelaburan dan menambah baik mutu perkhidmatan kepada pencarum,” katanya.

Mengulas dakwaan krisis kewangan yang dihadapi LTAT, Khaled berkata perkara itu berlaku apabila pihak di luar tidak membuat semakan dan terus mempercayai bulat-bulat tuduhan itu.

“Kita tidak mungkin umumkan dividen sebegini sekiranya kita tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan kukuh.

“Dalam perkara ini, perlu bertanggungjawab.. jangan hanya dengar daripada pihak lain dan selepas sekian lama, baru nak tanya. Ini sebagai satu pengajaran,” katanya.

Menurutnya, pendapatan bersih LTAT meningkat kepada RM537.80 juta pada tahun lalu berbanding RM432.47 pada tahun 2022 yang mana peningkatan sebanyak 24 peratus.

“Keuntungan terkumpul selepas dividen LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 52 peratus dan berbanding hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.

“Secara ringkasnya, saya boleh katakan, bahawa majlis pengumuman dividen pada hari ini adalah bukti terbaik kejayaan komitmen dan pelaksanaan pelbagai program transformasi yang telah dijalankan.

“Pengumuman dividen hari ini adalah berdasarkan posisi kewangan LTAT yang kukuh,” katanya. – DAGANGNEWS

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras