The Raw sumbang 50 tan beras kepada 10,000 penerima

  • News
  • April 8, 2024

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan kulit, The Raw menerusi ‘Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw’ menyumbang sebanyak 50 tan beras kepada 10,000 golongan memerlukan terutama golongan wanita dan ibu tunggal.

Inisiatif itu dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS).

Pegawai Perhubungan awam, syarikat itu, Nor Amira Amizan berkata, sumbangan beras itu bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam meraikan Syawal tidak lama lagi.

Katanya, ini adalah sumbangan pertama yang diadakan secara besar-besaran oleh pihaknya kepada golongan sasar.

“Untuk hari ini, sebanyak 3000 kampit beras diserahkan kepada golongan sasaran bagi melengkapkan misi bantuan 10,000 kampit beras.

“Ini merupakan program khidmat sosial pertama syarikat kami dan dilakukan secara besar-besaran InsyaAllah akan diperluaskan ke kawasan lain tahun hadapan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw yang diadakan di D’Sultanaa, Kuala Lumpur. Turut serta menjayakan penyerahan sumbangan itu adalah Yayasan Prihatin.

Amira berkata, selain ibu tunggal, golongan asnaf, B40 dan anak yatim turut tersenarai menerima bantuan ini.

Tambah Amira, pihaknya sedar dengan pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup membuatkan ramai orang yang berada dalam keadaan kesusahan ketika ini.

“Jadi kami bersama beberapa organisasi lain tampil membantu mereka yang memerlukan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” tambahnya.

Terdahulu, sumbangan beras juga telah diagihkan secara berperingkat kepada Perumahan Awam Desa Rejang, 4 buah masjid dan surau terpilih di sekitar Selangor, serta penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Cheras.

Katanya, sebelum ini sejak tahun 2019 syarikat itu sudah berinfak secara kecil-kecilan kepada anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.

“Bagaimanapun melihatkan sambutan yang menggalakkan ini, kami berasa terpanggil lagi untuk meneruskannya jika mempunyai rezeki lebih,” katanya.

The Raw merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikkan, diasaskan oleh bekas ahli farmasi yang berpengalaman luas dalam bidang farmaseutikal iaitu Adibah Mazlan.

The Raw bermula pada tahun 2019 dengan menitikberatkan kepentingan penggunaan bahan yang selamat tanpa merkuri bagi memastikan pengguna mendapat kulit yang cantik dan sihat.

Sehingga kini, produk The Raw kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 229 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 170 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait