Sapura Energy jual 50% pegangan saham dalam SapuraOMV Upstream berharga RM3.37 bilion

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Upstream Assets Sdn Bhd (SUA) melepaskan 50% kepentingan ekuitinya dalam SapuraOMV Upstream Sdn Bhd (SapuraOMV) kepada TotalEnergies Holdings SAS (TotalEnergies) berjumlah AS$705.3 juta (RM3.37 bilion).

Berdasarkan transaksi jualan kepentingan ekuiti itu, SUA akan menerima pertimbangan tunai AS$530.3 juta (RM2.53 bilion) daripada TotalEnergies, sementara Sapura Energy pula akan dilepaskan oleh TotalEnergies daripada obligasi AS$175 juta berhubung kemudahan pembiayaan yang dilanjutkan oleh OMV Exploration & Production GmbH (OMV E&P) kepada SapuraOMV, berkaitan dengan langganan saham dan penstrukturan semula SEB, OMV E&P , SapuraOMV dan SUA pada 31 Januari 2019.

Jumlah pelupusan kepentingan itu merangkumi pembayaran tunai kira-kira AS$530.3 juta dan pelepasan obligasi hutang kira-kira AS$175 juta.

Datuk Mohammad Azlan Abdullah

Datuk Mohamad Azlan Abdullah

Pengerusi Sapura Energy, Datuk Mohamad Azlan Abdullah berkata lembaga itu menyokong penuh pelupusan itu, yang apabila selesai, akan menjadi peristiwa penting dalam pelan pemulihan kami untuk masa depan yang mampan dan berdaya maju jangka panjang.

“Pencapaian ini menekankan komitmen Sapura Energy untuk melaksanakan pelan tetapan semula kami,” kata Pengerusi Sapura Energy, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam satu kenyataan.

Beliau juga melahirkan rasa puas hati dengan pendekatan bersungguh-sungguh pengurusan terhadap pelaksanaan pelupusan, memastikan proses pemilihan dan rundingan dijalankan dengan integriti dan mengikut protokol tadbir urus.

Datuk Mohd Anuar Taib

Datuk Mohd Anuar Taib

Mengulas mengenai transaksi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Mohd Anuar Taib, berkata pihaknya gembira dengan transaksi itu yang pihaknya percaya adalah adil dan saksama.

Beliau berkata, dengan pemilikan penuh SapuraOMV, pihaknya yakin TotalEnergies akan memberikan tumpuan yang betul untuk mengembangkan lagi potensi pertumbuhan aset.

“Rasionalisasi portfolio ini menandakan peralihan strategik kami daripada perniagaan penerokaan dan pengeluaran, sambil kami meningkatkan keupayaan teras kami untuk menyampaikan penyelesaian inovatif kepada dinamik industri tenaga,” katanya.

Segmen perniagaan teras Sapura Energy yang tinggal ialah kejuruteraan dan pembinaan; penggerudian serta operasi dan penyelenggaraan dengan tempahan kontrak kolektif kira-kira RM6.6 bilion.

“Aset SapuraOMV termasuk 40% kepentingan pengendalian dalam blok SK408 dan 30% kepentingan pengendalian dalam blok SK310 yang terletak di luar pesisir Sarawak.

“Pembangunan medan gas Jerun dalam blok SK408 kekal dalam landasan untuk dimulakan pada separuh kedua tahun 2024.

“SapuraOMV juga memegang lesen penerokaan merentasi wilayah strategik termasuk Malaysia, Australia, New Zealand dan Mexico,” kata kumpulan itu.

Berdasarkan terma perjanjian, penjualan itu dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya separuh kedua 2025, namun kedua-dua pihak komited menyelesaikannya menjelang akhir 2024.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025