Tesla Model 3 dan Model Y turun harga sebanyak RM8,000

  • Auto
  • April 26, 2024

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, kenderaan elektrik (EV), Tesla Model 3 dan model Y masing-masing berharga daripada RM181,000 dan RM191,000.

Tesla dalam satu kenyataan, mengumumkan penuruna harga sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua model tersebut iaitu lebih berpatutan dan boleh dibeli oleh khalayak pengguna lebih meluas.

Kedua-dua EV itu boleh ditempah di pusat pengalaman Tesla atau laman web rasmi Tesla.

Kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh sebagai pengecualian cukai jalan 100%, dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan mengecas EV.

“Tesla terus memberikan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan penyepaduan teknologi ‘Plug and Charge’ yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla,” katanya.

Melalui Aplikasi Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi dan memantau status Supercharger dengan mudah, menerusi pembayaran diproses secara automatik.

Dengan bayaran Pengecasan Super setiap penggunaan sebanyak RM 1.25/kWj, Tesla memastikan pengecasan yang cekap kos

Sehingga hari ini, Tesla mempunyai tujuh stesen Pengecas Super (36 pengecas) dan 10 stesen Pengecasan Destinasi (61 pengecas) di Malaysia, dengan pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, di mana terdapat 11 stesen pengecasan super dan sembilan stesen Pengecasan Destinasi.

Tesla komited untuk terus memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan itu di seluruh rantau.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • May 28, 2025
  • 80 views
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
  • 497 views
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025