Azam Baki enggan jawab status kontrak Ketua SPRM

PUTRAJAYA: “Wallahualam, Tak mahu buat sebarang spekulasi,” demikian kata Tan Sri Azam Baki menjawab pertanyaan berkenaan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tamat Ahad ini.

“Ada masa sampai 12 Mei ini iaitu hari jadi saya,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 di sini hari ini.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM sepatutnya tamat pada 12 Mei tahun lalu namun dilanjutkan selama setahun.

Pada 2021, Azam menjadi perhatian media susulan dakwaan berkait pemilikan saham. Beliau menyangkal sebarang dakwaan salah laku dan disoal oleh tiga jawatankuasa SPRM.

Menteri undang-undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kemudian mengumumkan isu tersebut selesai selepas Suruhanjaya Sekuriti mendapati tidak ada kes terhadap Azam.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata SPRM tidak berhasrat menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung siasatan pengisytiharan harta.

“Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau,” katanya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 377 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025