Azam Baki Gagal Sebagai KP SPRM?

author
4 minutes, 22 seconds Read

Kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) disambung untuk tempoh satu tahun lagi, berkuatkuasa hari ini, 12 Mei 2024.

Pelantikan semula Azam itu dibuat selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ini adalah kali kedua perkhidmatan Azam disambung bagi menerajui SPRM selepas kali pertama dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 12 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, melihat semula sepanjang tempoh perkhidmatan Azam sebagai KP SPRM selama empat tahun sebelum seperti menimbulkan keraguan apakah Azam individu yang layak untuk terus memegang jawatan itu.

Negara Rugi RM 277 Bilion Akibat Rasuah

SPRM mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas iaitu tahun 2018 hingga 2023.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Azam sebagai KP SPRM ketika berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Mei lalu.

Azam berkata kerugian itu berdasarkan anggaran kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga tahun lepas.

Azam turut mengakui angka yang cukup besar ini (RM277 bilion) sewajarnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah, malangnya nilai ini tiris akibat jenayah rasuah.

Kerugian sebanyak RM277 bilion selama tempoh lima tahun lepas bermakna negara mengalami kerugian sebanyak RM55 bilion setahun.

Adakah dengan angka kerugian yang diumumkan oleh Azam sendiri membuktikan beliau gagal sebagai KP SPRM?

Kerugian RM277 Bilion Siapa Perlu Dipersalahkan?

Negara mengalami pertukaran kerajaan sebanyak empat kali, iaitu bermulanya Pakatan Harapan (PH.01) mentadbir negara selepas PRU14 pada 9 Mei 2018. Pertukaran kerajaan itu turut menyaksikan perubahan jawatan KP SPRM untuk tempoh itu.

Bermula dengan pentadbiran PH.01, Dato’ Sri Shukri Abdullah dilantik sebagai KP SPRM menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan. Shukri menjadi Ketua Pesuruhjaya bermula 17 Mei 2018 hingga 4 Jun 2019.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 ketika itu melantik pula Latheefa Beebi Koya (Biro Undang-undang PKR) sebagai KP SPRM bermula 4 Jun 2019 hingga 6 Mac 2020. Ini bermakna sepanjang dua tahun dua KP SPRM ini telah menyebabkan kerugian negara RM110.8 juta.

Pada Februari 2020 menerusi ‘Langkah Sheraton’ kerajaan PH Tun Dr Mahathir tumbang dan selepas itu, negara ditadbir Perikatan Nasional (PN-BN Plus) dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Maka, bermulalah tempoh perkhidmatan Azam Baki selaku KP SPRM setelah Muhyiddin melantik beliau pada 9 Mac 2020.

Pentadbiran Muhyiddin tidak bertahan lama selepas negara bertukar PM lagi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 21 Ogos 2021. Ketika menjadi PM banyak projek rundingan terus atau tender terhad diberikan kepada kroni menjelang PRU-15.

Kerajaan kemudian bertukar lagi selepas PRU15 pada 19 November 2022, menyaksikan munculnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hasil gabungan PH-BN-GPS-GRS plus.

Namun, Azam masih kekal sebagai KP SPRM bahkan kontrak beliau disambung lagi untuk tempoh setahun akan datang bermula 12 Mei 2024.

Jika sepanjang tempoh dua tahun dua KP SPRM iaitu Shukri Abdullah dan Latheefa Koya telah menyebabkan kerugian negara RM110.8 juta, tetapi sepanjang tempoh Azam Baki mengambil alih jawatan itu negara menyaksikan kerugian lebih banyak iaitu kira-kira RM200 bilion.

9 Mei hingga 12 Mei 2024 iaitu empat tahun pentadbiran Azam Baki sebagai KP SPRM, negara kerugian kira-kira RM200 bilion akibat gagal membendung jenayah rasuah. Jadi, ini memberi gambaran jelas bahawa Azam Baki punca negara rugi RM277 bilion.

Namun begitu, Azam Baki tetap dilantik sebagai KP SPRM setelah kontrak beliau disambung untuk tempoh satu tahun lagi. Adakah negara akan menyaksikan kerugian yang lebih besar lagi untuk tempoh setahun akan datang?

Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Punca Kerugian RM277 bilion

Adakah Azam selaku KP SPRM sedar pendedahan beliau mengenai kerugian negara sehingga RM277 bilion itu bukti kegagalan beliau dalam mengurus jenayah rasuah dalam negara.

Justeru, satu Jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dianggotai individu berwibawa dan berpengalaman perlu ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan RM277 bilion rasuah ini.

Kerugian besar ini bukan sahaja memberi implikasi kepada negara bahkan ia mencerminkan kegagalan entiti itu yang dianggap telus dan berintegriti apatah lagi kerugiaan itu berlaku dibawah pimpinan individu yang sama untuk tempoh masa tersebut.

Maka, wajar dikatakan Azam bersama pasukannya juga perlu disiasat kerana gagal membanteras jenayah rasuah sehingga membawa kerugian bilion ringgit kepada negara. Atau, apakah terdapat rasuah besar dalam kalangan pegawai SPRM sendiri sehingga tiada siasatan dibuat.

Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028

Pada 7 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, selain meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

NACS 2024-2028 bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, yang merangkumi lima strategi melibatkan pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif.

Anwar ketika berucap pada majlis itu, turut memberi keyakinan dan dukungan kepada Azam selaku KP SPRM untuk membanteras rasuah tanpa mengira darjat dan kedudukan.

“Saya punya keyakinan kepada Azam (Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki) dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah, kepercayaan dan dukungan … tidak kenal darjat dan kedudukan (membanteras rasuah) supaya rakyat dapat mesej yang jelas,” katanya.

Namun, keyakinan itu tidak wajar diberikan memandangkan Azam selaku KP SPRM sendiri gagal memastikan negara berjaya membanteras jenayah rasuah sehingga menyebabkan kerugian bilion ringgit.

Lebih mengejutkan Azam diberi peluang untuk terus mengemudi Suruhanjaya itu meskipun terbukti gagal untuk tempoh lima tahun yang lalu.

Jadi, sedarkah Azam pengumuman RM277 bilion kerugian negara itu adalah jumlah kerugian dari kegagalan beliau sendiri selaku KP SPRM. Apakah wajar Azam dilantik semula sebagai KP SPRM untuk tempoh satu tahun lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *