Bekas Pengerusi GIIB Holding Bhd mengaku tidak bersalah subahat guna dokumen palsu

  • Kes
  • May 16, 2024

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi GIIB Holdings Bhd, Tai Boon Wee didakwa di mahkamah sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan memalsukan laporan kewangan suku ketiga interim 2023 pengilang getah itu, tahun lalu.

Tai, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwai.

Tertuduh, secara khusus didakwa bersubahat, dengan mengarahkan setiausaha syarikat Mak Chooi Peng untuk secara tidak jujur menggunakan penyata kewangan interim palsu bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 untuk GIIB sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bursa Malaysia Securities pada Mei 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 109 dan 465 akta sama, membawa hukuman sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azura menetapkan jaminan RM20,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari manakala Tai diwakili Wan Sharizal Wan Ladin, yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dua tahun itu.

Ini adalah kali kedua Tai didakwa atas tuduhan pemalsuan. Beliau pertama kali didakwa bersama bekas pengarah eksekutif Wong Ping Kiong kerana memberikan dokumen palsu kepada juruaudit Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin bernilai RM2.95 juta yang tidak wujud.

Bagaimanapun, Tai dan Wong dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu pada Oktober selepas Mahkamah Tinggi membenarkan usul kedua-dua mereka untuk membatalkan pertuduhan itu.

Pada September tahun lalu, Tai berundur daripada jawatannya dalam syarikat itu, menyerahkan tampuk pentadbiran kepada anak lelakinya Tai Qisheng dan Tai Qiyao

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah