Minat belian berterusan, Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sokongan yang berterusan dan minat pelabur yang lebih baik menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama, yang dijangka lebih tinggi daripada anggaran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,612.42.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 172, dengan 333 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 390.30 juta unit bernilai RM111.66 juta.

Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) akan sama-sama mengumumkan KDNK pada suku pertama pada tengah hari ini.

Baru-baru ini, DoSM mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berdasarkan anggaran awal.

Mengenai pasaran ekuiti, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi semalam, percaya masih ada ruang untuk meningkat.

“Kami turut mendapati jumlah dagangan harian semakin bertambah baik dan ini adalah petunjuk positif untuk saham permodalan kecil.

“Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,605-1,620, disokong oleh kecairan yang tinggi,” katanya.

Di pasaran luar negara, Wall Street ditutup rendah walaupun Dow Jones mencecah paras 40,000 berikutan terdapat aktiviti pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.

Dow Jones merosot 39 mata manakala Nasdaq susut 44 mata berikutan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang naik kepada 4.377 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak lebih 300 mata hampir kepada paras 20,000 berikutan keyakinan terhadap dasar sektor hartanah di China yang dilonggarkan baru-baru ini selain harapan Rizab Persekutuan akan menurunkan kadar pada tahun ini.

“Sentimen terus didorong oleh spekulasi mengenai cukai dividen yang mungkin dimansuhkan untuk saham Hong Kong,” katanya, sambil menambah ini mungkin positif untuk pasaran tempatan juga.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH menambah lima sen kepada RM6.26, MISC naik enam sen kepada RM8.30 manakala CelcomDigi, YTL dan CIMB, masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.06, RM3.67 dan RM6.81.

Bagi saham aktif, SNS Network naik setengah sen kepada 51 sen, Sin-Kung Logistics menambah satu sen kepada 15.5 sen manakala Minetech dan MMG, masing-masing tidak berubah pada 13.5 sen dan 30.5 sen manakala SP Setia meningkat 10 sen kepada RM1.63.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.47 mata kepada 12,257.21, Indeks FBMT 100 meningkat 20.88 mata kepada 11,862.49 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 22.88 mata kepada 11,862.49.

Indeks FBM ACE naik 9.99 mata kepada 5,306.77 dan Indeks FBM 70 meningkat 44.41 mata kepada 17,493.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.43 mata kepada 17,618.07, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.07 mata kepada 193.40, Indeks Perladangan susut 2.18 mata kepada 7,406.76 dan Indeks Tenaga berkurangan 1.11 mata kepada 985.73. -BERNAMA

Coelho

Related Posts

BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

KUALA LUMPUR: BMS Holdings Bhd telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada suku keempat 2025. Dalam kenyataannya hari ini, peruncit dan pengedar jubin,…

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah