Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000

KANGAR: Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari lalu.

Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukukan kesalahan di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kangar pada 19 februari 2024, di mana tertuduh telah memberi kepada seorang ejen iaitu Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya, satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis No. Dokumen 24AYPT0300022 bertarikh 14 Februari berjumlah RM19.505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid.

Dokumen terbabit berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan DYMM Tuanku Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah.

Dokumen berkenaan mempunyai kepentingan dan tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai ia mengandungi butiran palsu, yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) Akta yang sama.

Jika sabit hukuman, tertuduh yang telah berkahwin itu boleh berdepan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadhly Yaacob.

Dalam rayuan, peguam tertuduh memohon jumlah jaminan RM30,000 dikurangkan dengan mengambil kira pendapatan tertuduh sebanyak RM1,500 sebulan dari hasil berniaga gas petroleum cecair (LPG) dan mengerjakan sawah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Tertuduh difahamkan membayar wang jaminan dan tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 28 Jun depan.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 346 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo