Maklumat Asas Pada Keterangan Saksi Pertama Kes Bekas Pengasas Bersama Revenue Group Mengelirukan

KUALA LUMPUR: 3 saksi bagi perbicaraan kes membabitkan bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow, yang didakwa atas 12 pertuduhan subahat memalsukan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat, tiga tahun lalu, hadir memberi keterangan di Mahkamah, di sini hari ini.

Bagaimanapun, perbicaraan tidak dapat diteruskan berikutan terdapat kekeliruan pada maklumat kenyataan saksi pendakwaan pertama, Foo Wai Ting, 56, antaranya taraf pendidikan, latar belakang tempat pendidikan dan jawatan terkini yang disandang oleh Wai Ting.

Hakim, Rozina Ayob bertanya kepada saksi sama ada saksi faham kenyataan yang dibaca. “Adakah kamu faham apa yang kamu angkat sumpah tadi? Adakah itu keterangan bertulis daripada kamu?” soal hakim.

Wai Ting, dilihat kurang yakin walaupun menjawab bahawa beliau faham dan mengakui itu adalah kenyataan bertulis beliau.

Susulan itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh Ng Shih Chiow, membantah kenyataan saksi sebagai tidak boleh dipercayai memandangkan terdapat kesilapan pada maklumat asas saksi.

Pada masa sama, peguam Dzulkifli Ahmad yang juga mewakili tertuduh turut mempersoalkan keterangan saksi berhubung maklumat jawatan yang disandang oleh saksi yang mengelirukan.

“Kalau dalam keterangan bersumpah itu tadi dinyatakan bahawa saksi sebagai pengurus perkhidmatan pelanggan, sekarang saya nampak mungkin ada kesilapan sebab semasa mengangkat sumpah dia mengatakan bahawa dia sebagai pengurus perkhidmatan pelanggan bila diteliti semula dia mengatakan dia sebagai penolong pengerusi. Jadi kalau boleh saksi semak semula kenyataan,” soal Dzulkifli.

Wai Ting menjelaskan jawatan Pengurus Perkhidmatan Pelanggan adalah tugasan beliau selaku Penolong Pengurus di bank berkenaan.

Hakim kemudian meminta saksi untuk semak dan meminda semula maklumat pada kenyataan bertulis yang asal termasuk jawatan terkini beliau sebagai Penolong Pengurus di Bank CIMB Desa Park daripada jawatan Pengurus Perkhidmatan Pelanggan.

Selain itu, Amir turut mencabar sama ada kenyataan bertulis itu releven untuk perbicaraan ini kerana didapati tidak dinamakan nama-nama syarikat terbabit di dalam pertuduhan iaitu Golden Infor Services, Accucom Solution PLT dan Omega Dynasty Sdn Bhd yang terdapat di dalam kertas pertuduhan.

Beliau memberitahu mahkamah di dalam kenyataan bertulis itu hanya menyebut satu nama syarikat iaitu Daily Max Ventures Sdn Bhd yang tidak terkait dengan sebarang pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Shahrom Idris meminta mahkamah menagguhkan perbicaraan untuk menyusun semula dokumen berkenaan dengan saksi.

Hakim membenarkan perbicaraan ditangguh pada Isnin 10 Jun 2024.

Hakim turut mengingatkan saksi pertama untuk tidak berbincang dengan sesiapa memandangkan mahkamah belum lagi membebaskannya.

“Kamu dilepaskan tetapi tidak dibebaskan sebagai saksi,” kata hakim.

Pada Jun 2023, Bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow yang juga pengasas bersama penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan subahat memalsukan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat.

Tertuduh didakwa memalsukan invois dan pesanan pembelian, berjumlah RM13.829 juta, untuk beberapa syarikat.

Invois palsu dan pesanan pembelian adalah untuk Golden Infor Services, Accucom Solutions PLT, dan Omega Dynasty Sdn Bhd.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhaan dan minta dibicarakan.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 396 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025