BNM teliti pelbagai langkah pastikan ringgit kekal stabil

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti pelbagai langkah dan inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk memastikan ringgit kekal stabil dan disokong, termasuk membabitkan kerjasama syarikat korporat bagi membawa pulang pendapatan mereka ke dalam pasaran.

Timbalan Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid, berkata bank pusat telah berbincang dengan beberapa syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing bahawa mereka digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.

“Kita akan memberi kelulusan kepada mereka untuk melabur di luar negara apabila sampai masanya. Jika mereka perlu melabur di luar negara dan telah menyusun pelaburan, maka mereka boleh datang kepada kita untuk mendapatkan kelulusan.

“Kita telah berjanji dengan mereka bahawa BNM akan memudahkannya,” katanya semasa sesi panel ‘Ringgit, Bon dan Pasaran Ekuiti’ di Simposium Sasana Bank Negara Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, BNM bekerjasama rapat dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat asing sejak Februari untuk membawa pulang pendapatan asing dan usaha itu telah banyak memberi manfaat kepada Malaysia.

“Jika anda meneliti prestasi ringgit ketika BNM memulakan usaha itu dan hari ini, mata wang tempatan telah mencapai prestasi baik dan meningkat berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) sebanyak hampir 1.2 peratus sekarang,” katanya.

Adnan Zaylani berkata, walaupun ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang asing, unit domestik juga rendah berbanding beberapa mata wang asing lain sejak dua tahun lalu apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS mula menaikkan kadar faedah.

“Oleh itu, perkara itu perlu dimasukkan ke dalam konteks keseluruhan yang memacu prestasi. Faktor lain ialah isu geopolitik semasa yang terus menimbulkan ketidaktentuan serta prospek pertumbuhan China,” katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata terdapat jangkaan yang Fed menurunkan kadar faedah tahun ini, sekali gus keadaan itu akan menggalakkan bagi ringgit. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026