SPRM tubuh pasukan khas siasat laporan audit HRD Corp

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

SPRM juga akan ke pejabat Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta HRD Corp untuk mendapatkan dokumen berkaitan laporan audit mengenai perbadanan tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka dan satu pasukan petugas sudah ditubuhkan untuk menyemak laporan audit HRD Corp yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“Kita telah terima laporan audit yang dikemukakan oleh KSU (Ketua Setiausaha) KESUMA. Berasaskan laporan audit tersebut, kita telah mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak yang terlibat.

“Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya. Oleh itu, satu pasukan khas telah dibentuk dan beberapa kertas siasatan telah dibuka.

“Selasa ini pasukan penyiasat akan pergi ke kementerian sumber manusia dan HRDC bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, Siasatan akan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan kesalahan di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta ASPRM 2009.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 kelmarin, dilaporkan berkata, KESUMA disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat serta KESUMA perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Susulan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengarahkan supaya satu laporan dibuat kepada SPRM.

Pada Jumaat, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia menyerahkan laporan audit kepada SPRM berikutan laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa lalu.

Urus niaga hartanah yang mencurigakan dan pelaburan berisiko tinggi adalah antara isu yang dikenal pasti oleh PAC dalam laporannya mengenai HRD Corp.

Antara perjanjian itu melibatkan pembelian Menara Ikhlas pada harga RM202.5 juta pada Februari 2021, dengan deposit RM120 juta dibayar sebagai pendahuluan kepada sebuah syarikat, Crystal Clear Technology.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid mengakui kelemahan terdapat dalam laporan audit.

Beliau menambah bahawa beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan sehingga membolehkan peningkatan kutipan levi dalam tempoh beberapa tahun.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai penemuan bahawa HRD Corp telah melabur levi yang dikutip daripada majikan dalam beberapa pelaburan berisiko tinggi walaupun dana latihan tersebut bukan bertujuan bertindak sebagai institusi pelaburan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

  • October 3, 2025
BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif

  • October 1, 2025
Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif