Pegawai SPRM dibebas dan dilepaskan dari pertuduhan beri maklumat palsu dalam serbuan khalwat

  • Kes
  • August 13, 2024

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberikan maklumat palsu mengenai identitinya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika serbuan khalwat enam tahun lalu.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, berkata Fikri Ab Rahim, telah disabitkan secara salah atas kesalahan di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan.

Zaidi berkata pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan kerana Fikri, 49, tidak dibenarkan mendedahkan identitinya tanpa kebenaran ketua pesuruhjaya SPRM.

Dengan niat baik, beliau tidak dapat mendedahkan identiti sebenar beliau seperti yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM, kata Zaidi, yang membenarkan rayuan Fikri daripada keputusan Mahkamah Tinggi.

Zaidi, yang bersidang bersama Hakim Azmi Ariffin dan Noorin Badaruddin, berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskan Fikri daripada pertuduhan.

“Kami benarkan rayuan ini. Sabitan dan denda yang dikenakan terhadap perayu oleh Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Hakim turut memerintahkan denda RM1,500 yang dibayar Fikri dikembalikan kepadanya.

Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta SPRM.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 17 Feb 2022, Fikri dibebaskan daripada pertuduhan memberikan maklumat palsu apabila menyerahkan butiran rakan wanitanya pada borang maklumat peribadi bahagian pengurusan penguatkuasaan Jais kepada Fatin Afikah Mustapa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Jais di Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, Shah Alam, pada jam 4 pagi, 16 Dis 2017.

Pembebasan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, yang mensabitkan Fikri atas kesalahan itu dan mendendanya RM1,500, yang menyebabkan rayuan sekarang.

Fakta kes mendedahkan sepasukan pegawai Jais telah menyerbu sebuah kondominium kira-kira jam 2 pagi pada 16 Dis 2017 dan menemui Fikri bersama seorang wanita, juga pegawai SPRM, di premis itu.

Pihak pembelaan berhujah bahawa kedua-duanya berada di sana untuk memantau aktiviti rasuah di kalangan agensi kerajaan tertentu.

Fikri hanya memberikan identiti penyamarannya kerana percaya dia tidak dibenarkan mendedahkan bahawa dia adalah pegawai SPRM.

Dia mendapat kebenaran untuk mendedahkan siapa dirinya pada jam 11 pagi pada hari yang sama. Kira-kira jam 2 petang, dia kembali ke pejabat Jais memaklumkan maklumat yang diberikan sebelum ini adalah tidak betul.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Fikri turut dibebaskan daripada pertuduhan khalwat dengan pegawai wanita di kondominium itu.

Fikri diwakili peguam Tiara Katrina Fuad dan Selvam Mookiah, manakala timbalan pendakwa raya Yusaini Amer Abdul Karim, Zaki Asyraf Zubir dan Aida Khairuleen Azli mewakili pihak pendakwaan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah