Da’i Syed Dihukum Penjara 10 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Merogol

  • Kes
  • August 30, 2024

SHAH ALAM: Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Norazlin memutuskan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, dia yang memakai kemeja putih dan berkot hijau, dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Tertuduh kemudian memeluk isterinya, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 49 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 40 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

  • September 12, 2024
Kronologi Skandal Rasuah Spanco

Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

  • September 12, 2024
Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

  • September 11, 2024
Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

The ART of Deception? – Ernest Wong

  • September 10, 2024
The ART of Deception? – Ernest Wong

Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • September 10, 2024
Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM