BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3%

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus Khamis ini.

Memandangkan kadar itu masih di bawah pada awal 2019, Moody’s Analytics berkata ia menjangka BNM akan mengekalkan kadar sehingga 2025.

“Bank pusat Malaysia akan memberikan kemas kini mengenai tetapan dasar monetarinya pada Khamis ini.

“Walaupun bank pusat New Zealand dan Filipina telah menurunkan kadar faedah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, BNM berkemungkinan akan mengekalkan OPR pada 3.0 peratus sehingga 2025,” katanya dalam nota Sorotan & Previu Mingguan Ekonomi yang dikeluarkan pada 30 Ogos lalu.

Ia seterusnya berkata, kenaikan kadar faedah di Malaysia tidak begitu agresif seperti di tempat lain di rantau ini dan kadar penanda aras negara ini masih lebih rendah berbanding pada awal 2019 iaitu 3.25 peratus.

“Setelah menjadi salah satu mata wang berprestasi paling buruk di Asia tahun lalu, ringgit telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“BNM berkemungkinan mahu mengekalkan aliran itu dengan mengekalkan kadar faedah yang stabil,” kata Moody’s Analytics.

Sambil mengulangi kenyataan itu, Standard Chartered Global Research mengekalkan pandangannya bahawa BNM akan kekal mempertahankan kadar sepanjang tahun ini.

Ia menyatakan bahawa risiko lebih cenderung ke arah kenaikan kadar berbanding pemotongan.

“Kami akan memerhatikan sebarang perubahan kepada prospek inflasi BNM,” katanya dalam satu nota penyelidikan global.

Tambahan pula, ia berkata BNM juga berkemungkinan mengekalkan pandangannya bahawa pergerakan ringgit didorong oleh faktor luaran.

Kebimbangan mengenai mata wang tempatan telah reda sejak beberapa mesyuarat lalu di tengah-tengah prestasi memberangsangkan ringgit sejak akhir Februari.

“Penilaian BNM terhadap ringgit berubah daripada ‘terkurang nilai’ pada Mac kepada ‘tidak menggambarkan asas’ pada Mei, sebelum menyatakan bahawa ‘ia didorong oleh faktor luaran’ pada Julai,” tambahnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar