Mahkamah Benarkan Pengarah Hydroshoppe Dapatkan Sementara Pasport

  • News
  • September 3, 2024

KUALA LUMPUR: Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk mendapatkan sementara pasport.

Abdul Hamid memohon dokumen perjalanan itu bagi membolehkan beliau menghantar anaknya melanjutkan pelajaran dan bagi tujuan lawatan kerja di United Kingdom (UK).

Dia sedang berdepan tuduhan menawarkan rasuah RM7.5 juta kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa.

Pada prosiding hari ini, Hakim Suzana Hussin membenarkan pelepasan sementara pasport Abdul Hamid Shaikh bermula hari ini, dan perkara itu tidak dibantah pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Dr Ifa Sirrhu Samsudin.

Terdahulu, peguam bela, Weera Premananda memohon pasport itu diserahkan kepada anak guamnya hari ini, kerana Abdul Hamid Shaikh perlu menghantar anaknya melanjutkan pelajaran dan bagi lawatan kerja di UK pada 10 September hingga 15 November ini.

Abdul Hamid Shaikh didakwa pada 5 April tahun lalu, dengan tuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa menerusi Datuk Tan Ser Lay, 60.

Ia sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabitkan kesalahan, Abdul Hamid Shaikh boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras