Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84 berbanding 1,670.24 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka tinggi 0.31 mata kepada 1,670.55 dan bergerak antara 1,677.46 dan 1,666.88 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 664 berbanding 293, dengan 423 kaunter tidak berubah, 1,075 tidak diniagakan dan lapan digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.9 bilion unit bernilai RM1.63 bilion.

Seorang peniaga berkata, di pasaran luar negara kebanyakan bursa serantau berada dalam wilayah positif selepas kemerosotan semalam, yang mungkin memberikan sedikit sokongan kepada pasaran tempatan untuk hari dagangan selebihnya.

Beliau berkata, pelabur juga memantau dengan teliti laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang akan dikeluarkan esok untuk mendapatkan maklumat tentang keputusan dasar monetari AS pada masa hadapan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL jatuh 23 sen kepada RM2.77 manakala YTL Power susut 18 sen kepada RM3.71.

YTL Power semalam mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta maklumat daripada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) berhubung projek 1Bestarinet.

Sementara itu, Maybank naik dua sen kepada RM10.82, Public Bank susut dua sen kepada RM4.74 dan CIMB meningkat empat sen kepada RM8.25.

Bagi saham aktif, Steel Hawk yang baru disenaraikan terus mendahului, melonjak 133 peratus atau 20 sen kepada 35 sen. MYEG menambah satu sen kepada 91.5 sen, Malaysian United Industries susut 1.5 sen kepada 7.0, Cape EMS turun satu sen kepada 34.5 sen dan Genetec Technology menurun sembilan sen kepada 92 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 37.51 mata kepada 12,391.25, Indeks FBM Emas Shariah turun 34.93 mata kepada 12,190.01 dan Indeks FBMT 100 menyusut 28.39 mata kepada 12,100.00.

Indeks FBM 70 jatuh 109.24 mata kepada 17,261.05 manakala Indeks FBM ACE susut 57.33 mata kepada 5,100.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 21.83 mata kepada 19,664.98.

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.03 mata kepada 177.04, Indeks Tenaga turun 13.34 mata kepada 884.38 dan Indeks Perladangan jatuh 5.48 mata kepada 7,246.36. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit Diunjur Bergerak Ke RM4.30 Sedolar AS Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.…

Ringgit cecah 4.415 berbanding dolar AS, tertinggi sejak 11 April 2023

KUALA LUMPUR: Ringgit yang melepasi harga penutupan terbaik dalam tempoh 16 bulan semalam terus mengukuh apabila mata wang tempatan itu meningkat sedikit kepada 4.4150/4250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

  • September 12, 2024
Kronologi Skandal Rasuah Spanco

Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

  • September 12, 2024
Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

  • September 11, 2024
Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

The ART of Deception? – Ernest Wong

  • September 10, 2024
The ART of Deception? – Ernest Wong

Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • September 10, 2024
Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM