90 Peratus Usahawan Gagal Capai Kewangan Stabil Dalam Perniagaan – Dr. Azizan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 90% usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, dapatan tersebut diperolehi berdasarkan pengalaman 16 tahun RichWorks dalam melatih dan membimbing usahawan di negara ini.

“Niat asal mereka berniaga sebab nak ada kewangan, jualan dan keuntungan lebih baik untuk bantu keluarga mencapai impian.

“Tapi, semua itu tak kesampaian bila mereka berdepan pelbagai cabaran pula, dari segi kewangan, persaingan, dengan kenaikan kos buatkan tak tahu macam mana nak atasinya dan RichWorks ada solusi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program khas di pejabat RichWorks, Siri Sokongan Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya yang akan ke seluruh negara.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran, Hafiz Jasmi.

Pelancaran program khas, Siri Sokongan Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya bertempat di pejabat RichWorks, hari ini. 

Tambah Azizan, RichWorks percaya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kami mampu bantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan kekuatan semula.

“Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi enam bulan ke atas.

“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.

“Dalam masa panjang, untuk mereka capai impian tetapi sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, bisnes kini tak mudah dan 2025 dijangka lebih besar cabaran menanti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Jadi dengan berbaki 4 bulan saja tahun ini, RichWorks nak bantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk harungi cabaran masa ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, usahawan boleh layari laman web www.binasme.com

RichWorks International Sdn. Bhd. merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan, pemasaran, kepimpinan dan kewangan. 

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 16,000 syarikat dan menarik lebih daripada 2 juta peserta dalam lebih 2,800 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

  • August 7, 2026
Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

  • August 5, 2026
SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

  • August 4, 2026
LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia