Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd memeterai perjanjian induk dengan Guper Bonded Warehouse Sdn Bhd, anak syarikat Hextar Technologies Solutions Bhd, untuk membeli lima bidang tanah perindustrian kosong bersebelahan berukuran kira-kira 56,231 meter persegi pada harga pembelian yang akan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

Dalam makluman Bursa Malaysia hari ini, Widad berkata bahawa ia berhasrat untuk melaksanakan cadangan pengambilalihan itu untuk manfaat strategik, membolehkan syarikat meluaskan sumber aliran tunai dan aliran pendapatan serta meningkatkan nilai bagi pemegang saham dengan menawarkan perniagaan jangka panjang yang stabil.

Ia berkata, cadangan pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham Widad pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan, Bursa Securities untuk penyenaraian dan sebut harga bagi saham pertimbangan dan mana-mana pihak berkuasa atau pihak lain yang berkaitan.

“Syarikat sedang melantik penasihat utama untuk cadangan pengambilalihan itu,” katanya.

Coelho

Related Posts

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

KUALA LUMPUR— Syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd kini secara rasmi dikenali sebagai Vantris Energy Bhd, menandakan permulaan era baharu dalam usaha transformasi dan pemulihan korporatnya. Penjenamaan semula…

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

Kuala Lumpur, 30 Julai – Penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia bakal berakhir selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) secara rasmi memperoleh lebih 90 peratus pegangan dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai