Boost Bank Perkenal Dua Perkhidmatan Pembiayaan PKS Bermula Dari RM50,000

KUALA LUMPUR: Boost Bank memperkenalkan rumusan kewangan melalui perkhidmatan pembiayaan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) bermula dari RM50,000.

Menurut Boost Bank, pembiayaan yang akan dilancarkan pada awal Oktober itu bakal menampilkan dua produk pembiayaan utama iaitu pinjaman berjangka dan kredit pusingan.

“Rumusan pembiayaan PKS Boost Bank menawarkan proses permohonan mudah yang melibatkan hanya dokumentasi minimum dan tiada yuran tersembunyi.

“Dengan proses pembiayaan yang pantas, perniagaan boleh mendapatkan modal dalam masa yang singkat, terutamanya pada waktu yang amat diperlukan.

“Selain itu, pembiayaan ini menyediakan rumusan kewangan fleksibel memenuhi pelbagai keperluan PKS supaya mereka terus berkembang maju,” katanya dalam satu kenyataan.

Bank digital itu turut berkata, kemudahan pinjaman berjangka menawarkan tempoh sehingga 36 bulan dan tanpa sebarang yuran penyelesaian awal bagi membolehkan perniagaan menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih cekap.

Kemudahan kredit pusingan pula menyediakan akses pantas kepada dana, memperkasakan perniagaan untuk bertindak balas secepatnya terhadap peluang dan cabaran kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla mengulas tentang misi syarikat untuk mengubah keterangkuman kewangan dan menyuntik kesan berpanjangan komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan di Malaysia.

“Dengan memanfaatkan inovasi digital serta ekosistem teknologi kewangan, pembiayaan ini akan memperkasakan PKS,” ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon pula berkata, rumusan pembiayaan ini menandakan satu detik penting dalam membina asas ekosistem kewangan digital bersepadu.

“PKS bukan sahaja merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia, tetapi juga merupakan enjin inovasi.

“Di Boost, kami menyasar untuk memperkasakan peniagaan melalui inovasi digital dan usaha ini adalah bukti komitmen kami untuk memupuk keterangkuman kewangan serta kemapanan pertumbuhan bagi sektor ekonomi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan,” jelasnya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis