Hutang kerajaan meningkat RM1.173 trilion pada 2023

  • News
  • October 15, 2024

KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 meningkat 8.6% atau RM92.92 billion kepada RM1.173 trillion berbanding RM1.08 trillion pada 2022.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5% daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan, manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5%.

“Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.58 bilion (8.8%), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM338 juta (1.1%).

“Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat kerajaan,” kata laporan itu.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 3/2024 itu, Hutang Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.

“Komponen Pinjaman Dalam Negeri terdiri daripada Bil Perbendaharaan (Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188), Terbitan Pelaburan Kerajaan (Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Sekuriti Kerajaan Malaysia (Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Sukuk Perumahan (Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42).

“Pinjaman Luar Negeri terdiri daripada Pinjaman Pasaran dan Sukuk (Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Akta 403),” kata laporan itu.

Katanya, hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1%) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun, manakala sejumlah RM271.819 bilion (23.2%) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan sejumlah RM125.034 bilion (10.7%) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026