Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

KUALA LUMPUR: Pengumuman untuk memperluas liputan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja bukan warganegara adalah selaras dengan usaha KWSP untuk memastikan semua pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan, mempunyai akses kepada perlindungan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, inisiatif ini akan meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan selaras dengan piawaian antarabangsa.

“KWSP akan memberikan maklumat lanjut mengenai butiran kadar caruman, golongan sasar utama, dan mekanisme pelaksanaan dasar pada masa yang sesuai,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn

Pada masa ini, pekerja bukan warganegara boleh memilih untuk menyumbang kepada KWSP secara sukarela.

Dasar baharu ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja bukan warganegara di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Jumaat lalu, berkata kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited memberikan layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan selari dengan piawaian antarabangsa.

Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa.

Dalam pada itu, KWSP menyambut baik kelulusan kerajaan untuk menambah baik program i- Saraan dengan menaikkan insentif padanan daripada 15% kepada 20%, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi setiap individu.

Penambahbaikan ini, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, dijangka memberi manfaat kepada lebih 330,000 peserta i-Saraan sedia ada dan baharu.

Pada separuh pertama tahun 2024, i-Saraan merekodkan jumlah caruman sebanyak RM1.61 bilion daripada 330,196 ahli – peningkatan sebanyak 103% daripada RM789.3 juta, serta peningkatan 56% dalam bilangan ahli daripada 211,361 dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.

Di samping itu, sebagai penghargaan terhadap sumbangan suri rumah kepada pembangunan keluarga dan negara, kadar insentif padanan kerajaan bagi program i-Suri sebanyak 50% daripada jumlah caruman tahunan akan dilanjutkan pada tahun 2025.

Inisiatif ini adalah tertakluk kepada had maksimum insentif padanan kerajaan sebanyak RM300 setahun dan RM3,000 untuk seumur hidup, atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Dilancarkan pada 2018, i-Suri menggalakkan suri rumah yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih untuk menyimpan bagi keselamatan kewangan masa depan mereka.

Tambah Ahmad Zulqarnain Onn, penambahbaikan i- Saraan dan penerusan program i-Suri mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan pendapatan persaraan rakyat Malaysia, seterusnya memastikan kebajikan jangka panjang semua rakyat Malaysia terpelihara.

“Dengan memenuhi keperluan pelbagai segmen masyarakat, termasuk belia, golongan pekerja, wanita dan warga emas, kerajaan sedang meletakkan asas bagi masa depan yang lebih saksama dan berdaya tahan.

KWSP menyokong pendekatan ini yang sejajar dengan tujuannya untuk membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” tambahnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Bursa Malaysia meningkat selepas jatuh selama lima hari

    KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.…

    Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

    KUALA LUMPUR: Berita baik untuk rakyat apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dinaikkan pada tahun depan. Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat sebanyak RM3 bilion…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

    • November 19, 2024
    Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

    Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

    • November 19, 2024
    Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

    MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

    • November 19, 2024
    MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

    Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

    • November 19, 2024
    Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

    BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta

    • November 19, 2024
    BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta

    Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

    • November 18, 2024
    Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta