Bursa Malaysia meningkat selepas jatuh selama lima hari

KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.4 mata kepada 1,626.70 daripada 1,618.30 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.04 mata kepada 1,622.34.

Suasana pasaran masih negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 161 berbanding 137 manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 127.61 juta unit bernilai RM71.07 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dengan ringgit susut kepada RM4.337 berbanding dolar AS, sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi dijangka mendapat manfaat manakala peniaga mungkin akan beralih daripada saham yang tertumpu kepada pasaran domestik.

“Selain itu, sektor yang berkaitan dengan komoditi seperti perladangan, minyak dan gas serta saham berkaitan emas berpotensi mencatatkan peningkatan daripada pergerakan harga komoditi yang mendasari baru-baru ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini, sambil menambah saham pembinaan dan perkapalan yang terpilih turut dijangka menunjukkan trend positif berikutan momentum yang meningkat.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah Brent kembali meningkat hampir kepada AS$76 tetapi dijangka kembali kepada tahap sebelumnya berikutan ketegangan di Timur Tengah yang mereda manakala harga emas meningkat kepada paras tertinggi dan harga minyak sawit mentah (MSM) terus kekal melebihi paras RM4,500.

Bagaimanapun, Wall Street menawarkan beberapa petunjuk dalam persekitaran prestasi bercampur-campur berikutan peniaga menilai pelbagai keputusan kewangan syarikat dan data ekonomi.

“Pesanan barangan tahan lama di AS jatuh pada September tetapi sentimen pengguna meningkat kepada paras tertinggi sejak April; Dow dan S&P 500 merosot daripada paras tertinggi manakala Nasdaq mencatatkan peningkatan semula,” katanya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata peningkatan semula diperlukan untuk melepasi paras 1,630 bagi mengelak konsolidasi yang berpanjangan di bursa tempatan.

“Kami menjangka indeks mendatar kemungkinan berada antara 1,620 dan 1,630 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, hanya Tenaga Nasional rendah, merosot enam sen kepada RM14.32.

Public Bank dan CIMB, masing-masing naik tujuh sen kepada RM4.48 dan RM8.19. YTL dan Maxis, masing-masing meningkat lima sen kepada RM3.05 dan RM3.72 serta IHH menambah empat sen kepada RM7.54.

Sorento Capital yang baru disenaraikan mendahului kaunter aktif, naik 1.5 sen kepada 38.5 sen manakala Ingenieur Gudang, Alpha IVF, Yew Lee Pacific dan Handal Energy, masing-masing tidak berubah pada 5.0 sen, 35.5 sen, 56 sen dan 7.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 50.88 mata kepada 12,271.50, Indeks FBM 70 meningkat 48.20 mata kepada 17,762.87, Indeks FBMT 100 menambah 53.41 mata kepada 11,975.35, Indeks FBM Emas Shariah menokok 37.27 mata kepada 12,237.25, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 5.58 mata kepada 5,095.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 96.97 mata kepada 19,359.00, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.40 mata kepada 176.12, Indeks Perladangan menambah 9.65 mata kepada 7,309.23 manakala Indeks Tenaga susut 3.94 mata kepada 842.59. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – AIZO Group Berhad (“AIZO” atau “Syarikat”) terus memperkukuh segmen pembinaannya selepas anak syarikat milik penuh, AIZO Construction Sdn. Bhd. (“AIZO Construction”), menerima subkontrak bernilai…

    Global Turbine Asia Perkukuh Ekosistem Bakat Aeroangkasa Melalui Tiga Kerjasama Strategik

    KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 – Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin serta pusat penyelenggaraan bertauliah (Certified Maintenance Centre) bagi Safran…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026