Petronas labur RM7.5 billion di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) termasuk projek tenaga solar 40 megawatt

  • News
  • November 14, 2024

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM7.5 billion pelaburan baharu oleh Petronas di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pelaburan ini termasuk projek tenaga solar 40 megawatt, kerjasama antara PCG & LG Chemical untuk pengeluaran Nitrile Butadiene Latex (NBL), loji kitar semula bahan kimia tercanggih untuk plastik, serta pembangunan bio-refinery yang dijangka akan beroperasi menjelang 2028.

“Saya berpeluang berjumpa pengurusan PETRONAS bagi membincangkan mengenai kemajuan terkini di Pengerang Integrated Complex (PIC).

“Menerusi perjumpaan ini, saya dimaklumkan perkembangan terkini bahawa sebanyak RM7.5 bilion jumlah pelaburan baru telah dilakukan oleh PETRONAS,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Katanya, beliau juga dimaklumkan dimaklumkan bahawa PIC telah menyelesaikan Ujian Prestasi Terpadu (PTR) untuk 54 loji mereka.

“Pelbagai perancangan pembangunan telah dirangka di PIPC yang berkeluasan 22,904 ekar dan akan dibangunkan dalam empat fasa, sejak dari 2012 hingga 2037, dalam mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor,” katanya.

Onn Hafiz juga berharap agar pembangunan ini memberi limpahan ekonomi serta menarik pelabur-pelabur baru.

Katanya, ia sesuai dengan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai.

PIC terletak dalam Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), sebuah pembangunan industri di bawah seliaan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).

JPDC adalah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat untuk menyelaras, memudahkan, dan mempromosikan pembangunan industri hiliran minyak dan gas di negeri Johor.

PIC meliputi 6,303 ekar dengan akses yang mudah dan dekat ke laluan perkapalan utama.

PIPC meliputi 22,904 ekar dan sedang dibangunkan dalam empat fasa, dari tahun 2012 hingga 2037. Pelan Induk PIPC merangkumi taman plastik dan bahan kimia halus, taman industri ringan dan sederhana, pusat pengurusan sisa, serta pusat logistik dan komersial.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 389 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025