SPRM perlu masa lengkapkan siasatan, Mahkamah Sesyen lapangkan tarikh bicara kes Bekas Pengarah Revenue Group

  • Kes
  • November 25, 2024

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes melibatkan bekas Ahli Lembaga Pengarah Revenue Group, Ng Shih Chiow, 53, yang berdepan 12 pertuduhan pemalsuan dokumen dengan tujuan menipu syarikat bernilai RM13 juta antara tahun 2020 hingga 2022, ditangguhkan sehingga 18 Disember 2024.

Penangguhan itu selepas Mahkamah Sesyen, di sini hari ini dimaklumkan oleh Pendakwaan bahawa pegawai penyiasat memerlukan tempoh sebulan untuk melengkapkan siasatan berikutan perkembangan kes dimana saksi utama telah membuat laporan polis dan kenyataan bersumpah baharu yang menafikan kenyataan saksinya tempoh hari.

Justeru, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Sharom Idris memohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang sebelum ini sudah ditetapkan pada 25,26 dan 27 November dan 16,17 dan 18 Disember.

Hakim Rosli Ahmad memutuskan 18 Disember sebagai tarikh sebutan kes berkenaan, lapor The Rakyat Insight.

Sementara itu, Peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mewakili Shih Chiow berkata pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan kerana pihak pembelaan sebelum ini telah mengemukakan representasi kepada mahkamah untuk mengkaji semula keseluruhan kes selepas saksi utama, Cheng Choon Choon, 53, menolak kenyataan saksi bertulis yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

Choon Choon menyatakan beliau tidak fasih berbahasa Melayu, meskipun kenyataan itu ditulis dalam bahasa Melayu.

Beliau juga, melalui peguamnya Davey Wan mengemukakan akuan bersumpah dan laporan polis menyatakan bahawa beliau tidak menyediakan kenyataan bertulis berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan berlaku percanggahan antara pihak pendakwaan dengan Peguam Pemerhati apabila kenyataan saksi yang disediakan ditulis dalam Bahasa Melayu.

Beliau selain itu, memberitahu mahkamah bahawa saksi memerlukan jurubahasa kerana tidak fasih berbasa Melayu.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan