Datasonic terima lanjutan kontrak berjumlah RM81.24 juta daripada KDN

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd (Datasonic), menerima dan bersetuju terhadap dua surat lanjutan (LoE) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan lanjutan kontrak bagi nilai kontrak keseluruhan RM81.24 juta.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan, sambungan kontrak itu diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).

Datasonic menjelaskan LoE pertama membabitkan penyambungan kontrak bagi perkhidmatan penyelenggaraan di pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kontrak itu bertempoh 1 Disember 20024 hingga 30 November 2025 dengan tambahan nilai kontrak keempat RM21.39 juta termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 8%.

LoE kedua pula membabitkan pembekalan kad mentah dan bahan guna MyKad, MyTentera serta MyPOCA kepada JPN.

Kontrak itu juga bertempoh 12 bulan bermula 1 Disember 2024 hingga 30 Novmber 2025 dengan tambahan nilai kontrak kedua RM59.85 juta serta tidak tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 8%.

Datasonic memaklumkan kesemua kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Selaras dengan pelanjutan, STSB juga akan dikehendaki menyediakan bon prestasi baharu atau tambahan.

Coelho

Related Posts

YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

KUALA LUMPUR: YTL Corporation Bhd menutup tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dengan keputusan cemerlang apabila untung bersih suku keempat melonjak 40% kepada RM1.03 bilion, disokong oleh prestasi kukuh anak…

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

KUALA LUMPUR— Syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd kini secara rasmi dikenali sebagai Vantris Energy Bhd, menandakan permulaan era baharu dalam usaha transformasi dan pemulihan korporatnya. Penjenamaan semula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

  • August 21, 2025
YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham