Binastra menang kontrak pembinaan bernilai RM328 juta daripada Exsim Bukit Jalil City

KUALA LUMPUR: Binastra Corporation Berhad pada Selasa memaklumkan telah memenangi kontrak pembinaan bernilai RM327.7 juta daripada Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd.

Projek itu membabitkan pembinaan dua blok apartmen servis 58 tingkat untuk projek The Vividz @ Bukit Jalil.

Menurut kumpulan itu dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, kontrak itu telah diberikan oleh Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd kepada anak syarikat milik penuh Binastra Binastra Builders Sdn Bhd.

Menurut kumpulan itu, menerusi kontrak terbaharu itu, mereka memiliki kontrak keseluruhan bernilai RM3.1 bilion.

“Kontrak itu akan bermula pada 9 Disember 2024, dan kerja-kerja pembinaan akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Seng, sejak pasukan pengurusan baharu menerajui pada awal 2023, visi kumpulan adalah jelas, iaitu untuk meningkatkan jenama Binastra selaras dengan slogan “Bina dengan Kebanggaan”.

Beliau berkata, asas kukuh kumpulan dalam industri pembinaan selama lebih 40 tahun, bersama-sama dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pelanggan yang menjadi penting dalam mencapai kejayaan ini.

“Memandang ke hadapan, kami menjangka 2025 menjadi tahun yang kukuh kerana kami giat mengejar peluang di Johor Bahru, di mana kami melihat aktiviti pembinaan yang berkembang pesat, sambil meneroka lebih banyak projek EPCC,” katanya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028