PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan pasangan Zaim Ikhwan Zahai dan Ismanira Abdul Manaf untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Keputusan itu dimaklukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh di sini hari.
Representasi itu difailkan pada 19 November lalu oleh Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh pada 19 November lalu.
Raja Zaizul kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk menyelesaikan permohonan dokumen tambahan oleh pihak pembelaan.
Hakim, kemudian menetapkan 10 Januari tahun depan bagi sebutan untuk membolehkan pihak-pihak memuktamad penyerahan dokumen perbicaraan.
Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu, tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.49 pagi.
Pada prosiding 18 September lalu, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar selama 15 hari dalam tempoh tiga minggu berturut-turut iaitu pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025.
Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira dituduh mengabaikan kanak-kanak autisme itu di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.