Tengku Zafrul akan jawab spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat

  • News
  • December 15, 2024

SUNGAI BESAR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan akan menamatkan spekulasi mengaitkan beliau akan menyertai PKR, dalam masa tedekat.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Antarabangsa berkata, beliau belum membuat sebarang komen mengenai isu itu termasuk spekulasi mengatakan dirinya akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

“Sebenarnya, saya belum pun buat apa-apa komen mengenai politik yang membabitkan diri saya. Pada masa sama kita mendengar semalam Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membuat kenyataan beliau akan kekal sehingga akhir penggal.

“Apa yang saya tahu ada banyak spekulasi yang bermain di luar sana. Untuk menjawab isu ini, Insya-Allah saya akan membuat kenyataan dalam masa terdekat,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Larian KITA@Bagan Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, di sini, hari ini.

Ketika ditanya lanjut sama ada beliau akan menjawab perkara itu selepas Kongres Nasional PKR 2024, Tengku Zafrul berkata, ia tidak ada kena mengena dengan kongres itu.

Terdahulu, media melaporkan sumber dalaman UMNO memberitahu bahawa rundingan dikatakan giat dilakukan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 117 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 129 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan