Dolar AS mengukuh, ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran tenaga kerja AS kekal berdaya tahan, dengan data senarai gaji bukan ladang yang terkini melebihi jangkaan.

Disember menyaksikan tambahan 256,000 pekerjaan, mengatasi anggaran konsensus sebanyak 160,000.

“Gabungan dasar yang tidak pasti di bawah Trump 2.0 dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan permintaan tinggi terhadap dolar AS.

“Hasil positif memberikan gambaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS tidak akan kehilangan kawalan terhadap dasar monetari, menjadikan penurunan kadar faedah seterusnya semakin mencabar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) kini berada pada paras tinggi pada 109.706 mata.

“Ini adalah paras tertinggi sejak September 2022, tempoh ketika Fed aktif menaikkan kadar faedah.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8557/8614 daripada 2.8461/8497 pada Jumaat lalu, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.5040/5144 daripada 5.5296/5364. Ia turut naik berbanding euro kepada 4.6200/6288 daripada 4.6298/6355 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9960/13.0461 daripada 12.9824/13.0043 pada Jumaat lalu dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.2 daripada 277.5/278.0.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2881/2948 daripada 3.2843/2888 sebelum ini dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.70/7.71 pada Jumaat lalu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura