Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan hari terakhir 2024

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,638.43.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 154 berbanding 93 manakala 292 kaunter kekal tidak berubah, 1,850 kaunter tidak diniagakan, dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 117.88 juta unit bernilai RM39.74 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah ketika sesi dagangan tidak menentu pada Isnin berikutan pengambilan untung selepas ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi cemerlang bagi 2024.

Firma pembrokeran itu juga mendapati berlakunya aktiviti pembelian semasa harga murah berterusan ke atas kaunter-kaunter yang membentuk FBM KLCI.

‘Walaupun aliran keluar asing berlaku namun, jumlahnya tidak menjejaskan pasaran.

“Memandangkan indeks itu dapat melepasi paras 1,630 kami menjangkakan indeks berpotensi menyasarkan 1,650 dan berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,650 hari ini, dengan harapan menutup tempoh 2024 dengan prestasi tinggi,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menambah satu sen kepada RM8.16, TNB meningkat empat sen kepada RM14.88, manakala IHH Healthcare, Hong Leong Bank dan CelcomDigi masing-masing kekal tidak berubah pada RM7.23, RM20.42, dan RM3.70.

Maybank turun dua sen kepada RM10.22, dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.53.

Bagi saham aktif, Velocity Capital dan SMTrack masing-masing menambah setengah sen kepada 4.5 sen dan 2.0 sen, manakala Harvest Miracle menokok satu sen kepada 15 sen.

Jaks Resources dan Malayan United masing-masing mendatar pada 13 sen dan 7.5 sen. Sementara itu, MUI Properties kurang 5.5 sen kepada 38 sen, dan Reach Energy turun setengah sen kepada 2.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 5.59 mata kepada 12,552.33, Indeks FBM Emas Syariah kurang 1.92 mata kepada 12,576.92, dan Indeks FBMT 100 turun 5.94 mata kepada 12,231.24.

Indeks FBM 70 susut 20.43 mata kepada 18,798.80, manakala Indeks FBM ACE menambah 2.41 mata kepada 5,348.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 11.37 mata kepada 19,095.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.33 mata kepada 175.66, Indeks Tenaga naik 2.32 mata kepada 828.86, dan Indeks Perladangan meningkat 11.87 mata kepada 7,631. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 76 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 66 views
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis. Pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

  • January 22, 2025
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

  • January 22, 2025
Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

  • January 20, 2025
Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

  • January 20, 2025
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

  • January 20, 2025
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

  • January 20, 2025
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS