Nestle dan Berjaya Food bakal peroleh manfaat daripada gencatan senjata di Gaza

KUALA LUMPUR: Walaupun perjanjian gencatan senjata menamatkan perang di Gaza dilihat sebagai positif untuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Berjaya Food Bhd, pemulihan pendapatan mungkin mengambil masa berikutan peralihan sentimen pengguna, persaingan daripada jenama tempatan dan peningkatan kos, kata penganalisis.

Kedua-dua syarikat pengguna menyaksikan perniagaan mereka terjejas akibat boikot berterusan produk sebagai protes terhadap tindakan Israel di kawasan Palestin dalam tempoh 15 bulan yang lalu, yang mengakibatkan kematian lebih 46,000 rakyat Palestin, menyebabkan malapetaka kemanusiaan dan memusnahkan kebanyakan infrastruktur Gaza.

Persetujuan genjatan senjata menamatkan peperangan Israel – Hamas dimumkan pada Rabu.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Syifaa’ Mahsuri Ismail berkata, walaupun gencatan senjata mungkin mengurangkan boikot, pemulihan perniagaan kekal tidak menentu berikutan persaingan yang semakin sengit daripada pilihan tempatan yang berkembang pesat.

“Sentimen terhadap jenama syarikat masih lemah. Garis masa untuk pemulihan kewangan akan banyak bergantung pada peralihan dalam sentimen pengguna dan dinamik pasaran,” kata Syifaa’ Mahsuri kepada The Edge.

Mengulas mengenai persaingan jenama itu, Pengarah Penyelidikan BIMB Securities, Mohd Redza Abdul Rahman berkata, rangkaian kedai kopi tempatan Zus Coffee, yang dikendalikan oleh Zuspresso (M) Sdn Bhd, telah mengembangkan rangkaian kedainya secara agresif.

“Jenama itu juga telah menarik pelanggan dengan harga yang kompetitif dan program kesetiaan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, pemulihan pendapatan kedua-dua syarikat pengguna itu sangat mencabar, terutamanya bagi Berjaya Food, yang sangat bergantung pada rangkaian kopi Starbucks.

Syarikat itu juga mengendalikan rangkaian Kenny Rogers Roasters dan jenama kafe bakeri Paris Baguette di Malaysia.

“Sebaliknya, McDonald’s mempunyai peluang yang lebih baik untuk berpulih semula kerana kekurangan pesaing yang besar dalam pasaran dengan penawaran produk yang lebih baik. Selain itu, McDonalds juga mempunyai program kesetiaan yang baik,” kata Mohd Redza.

Pelabur swasta dan pemerhati pasaran berpengalaman Ian Yoong berkata, sentimen luas mengenai konflik akan mengambil masa yang lebih lama menarik ramai pengguna mengubah sikap mereka terhadap jenama tertentu.

Bagaimanapun, bagi Nestlé, ia mungkin mengambil masa sembilan hingga 18 bulan untuk berpulih semula, kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih bergantung pada jenamanya seperti Maggi, Nescafé dan Milo.

Seorang penganalisis bank tempatan memerhatikan kedua-dua syarikat boleh melihat peningkatan pendapatan suku ke suku, disokong oleh peningkatan perbelanjaan pengguna daripada kenaikan gaji minimum, gaji kakitangan awam yang lebih tinggi dan pelarasan kepada cukai perkhidmatan.

“Kembali kepada pendapatan puncak mereka mungkin mengambil masa, kerana jualan mungkin tidak pulih dengan cepat di tengah-tengah boikot pelanggan yang berpanjangan terhadap jenama yang dikaitkan dengan Israel, yang telah memberi kesan ketara kepada aliran hasil mereka. Kebimbangan lain ialah peningkatan kos,” kata penganalisis itu.

Keuntungan bersih Nestlé Malaysia turun 36.12% tahun ke tahun kepada RM85.14 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM93.6 juta.

Sementara itu, Berjaya Food melaporkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024 berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya.

Berjaya Foods menyaksikan penurunan 43% dalam harga sahamnya pada 2024, manakala Nestlé Malaysia turun 15%.

Sejak awal tahun ini, harga saham Nestlé Malaysia telah menyusut lebih 7%, ditutup pada RM92.48 pada Khamis.

Sementara itu, Berjaya Food, dikawal oleh Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan, menyaksikan harga sahamnya meningkat lebih 12% tahun setakat ini untuk ditutup pada 39.5 sen.

Daripada 13 penganalisis yang meliputi Nestlé Malaysia, tiga menetapkan saranan “beli”, lima mempunyai penarafan “tahan” dan lima mempunyai penarafan “jual”.

Daripada empat penganalisis yang menjejaki Berjaya Food, tiga telah mengeluarkan penarafan “jual”, manakala seorang mempunyai penarafan “beli”. – DagangNews.com

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat