BAHAGIAN 1
Pendedahan Kes:
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengendalikan beberapa lebuh raya di Lembah Klang termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Bertingkat Kajang (SILK), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Pada 25 Jun 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya (Prolintas) kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
Dua projek pembinaan itu membabitkan kontrak konsesi Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang-SUKE hanya RM 1.053 billion dan SUKE Tol Plaza RM 79.8 juta. Jumlah yang didedah SPRM ialah RM1.6 bilion. RM670 juta lagi dikatakan ‘markup’ dari kenaikan harga barang dan tergendala ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika mengambil kira isu aduan rasuah Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH) kosnya sekitar RM4.2 bilion.
Siapa Bertanggungjawab?:
Dato’ Mohammad Azlan Abdullah selaku CEO Prolintas bertanggungjawab mengetuai pembinaan Konsesi Lebuhraya DASH dan SUKE.
Mohammad Azlan dikatakan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa membatalkan kontrak antara Prolintas dan syarikat bumiputera berhubung projek konsesi lebuhraya DASH dan SUKE bagi memberi peluang kepada syarikat kroni mengambil alih projek walaupun baki kerja konsesi itu hanya tinggal 10% dengan nilai lebih RM180 juta!
Mohamad Azlan dikatakan telah menyingkirkan kontraktor bumiputera bagi projek penswastaan Dash iaitu Panzana Enterprise Sdn Bhd meskipun telah menyiapkan projek 90%.
Selain faktor PKP beliau dikatakan tidak meluluskan bayaran kerja-kerja tiga bulan ke atas dan kerja-kerja tambahan (VO) bernilai RM100 juta menyebabkan kontraktor dan subkontraktor mengalami masalah kewangan teruk.
Sementara itu bagi projek SUKE dan SUKE Tol Plaza (RM79,850 milion) pula, dikendalikan oleh Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP).
Dari mana kos RM1.6 bilion ini? RM670 juta dikatakan hasil dari ‘mark up’ kontraktor faktor kenaikan kos harga barang dan membayar rasuah kepada Dato’ Mohamad Azlan dan pegawai-pegawainya.
Syarikat SMPP yang mengalami nasib yang sama dikatakan telah membuat aduan kepada SPRM.
Ringkasan Butiran Kes:
Projek | – Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam DASH – Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang SUKE |
Nilai Projek | – RM1.6 bilion |
Tahun Konsesi Bermula | – 2014 |
Jumlah Terlibat Dalam Rasuah | – Kes di peringkat siasatan undang-undang |
Syarikat Konsesi | – Prolintas (Pemilik Projek) |
Syarikat Pelaksana (Lapor Rasuah) | – Panzana Enterprise Sdn BhdSyarikat Muhibah – Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd |
Syarikat/Kontraktor Baharu (Didakwa Terbabit Rasuah) | – Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh – Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A – Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B |
Status Keputusan | – Siasatan undang-undang sedang berjalan |
Senarai Tahanan Reman SPRM Konsesi Lebuhraya Bertingkat DASH Dan Suke RM1.6 Bilion:
1. | Dato’ Mohamad Azlan Abdullah – Group CEO Prolintas & Lembaga Pengarah Prolintas Infra BT | |
2. | Malik Parvez bin Nazir Ahmad – CEO Prolintas Infra BT (Bekas COO – Commercial/Finance | |
3. | SR Azury Binti Kamaruddin – General Manager – Contract Management | |
4. | Azmi bin Massod – Pengarah Cantilever Bumi Sdn Bhd | |
5. | Malcom Christie David – Pengarah Cantilever Bumi Sdn Bhd | |
6. | Tan Boon Aik | |
7. | MD Parizal Jamlan | |
8. | Mustazaruddin Abu Bakar |
Asas kes rasuah pemilik konsesi Prolintas-Turnpike Sinergy Sdn Bhd milik PNB:
Dua syarikat Projek konsesi melaporkan kes rasuah iaitu;
- Projek Penswastaan Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4– Contruction and Completion of Mainlane and other associated works form CH.4983 to CH 9307 – Panzana Enterprise Sdn Bhd
- Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 – Construction and Completion of Mainline And Other Associated Works From CH. 4200 to CH.7800 (RM 1.053 billion) dan SUKE Tol Plaza (RM 79,850.00 million) telah membuat aduan rasuah. – Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd
Siapa Cantilever Bumi Sdn Bhd?:
Senarai nama Pengarah syarikat yang ditahan reman (rujuk di ruangan kolum di atas) ialah Azmi bin Massod dan Malcom Christie David. Keduanya merupakan Pengarah dan pemegang saham syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd syarikat yang dikaitkan dengan konsesi Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4.
Sebelum ini CEO Prolintas, Dato Mohammad Azlan Abdullah telah melantik tiga kontraktor baru untuk menyiapkan projek baki kos RM 180 juta. Tiga syarikat baru itu diketuai Azmi Massod ini yang didakwa menaikkan lagi kepada RM280 juta.
Tiga syarikat itu ialah;
1. Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh
2. Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A
3. Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B
Kronologi:
SPRM – Tangkapan
24 Jun 2024 – SPRM menahan lapan individu disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya bernilai RM1.6 bilion.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
SPRM – Reman
25 Jun 2025 – SPRM menahan reman lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya (Prolintas) dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun 2024.
Ketiga-tiga mereka dari pemegang konsesi lebuh raya ini disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat [lain] sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak untuk mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini diberikan kepada syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.
Selain itu, mereka turut dipercayai meminta dan menerima rasuah berkaitan pembinaan bahagian lain projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM670 juta.
Manakala, lima lagi individu – dari syarikat berbeza – direman selama tiga hari sehingga 27 Jun 2024.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 25 Jun 2025.
26 Jun 2024 – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.
28 Jun 2024 – SPRM memperoleh lanjutan reman terhadap CEO Prolintas iaitu dari 29 Jun hingga 2 Julai.
Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi pada 28 Jun 2024.
SPRM mendakwa lanjutan tahanan reman itu perlu supaya saksi berpotensi dalam kes itu tidak diganggu.
28 Jun 2024 – Peguam mewakili CEO iaitu Farhan Read menulis surat kepada SPRM untuk mendapatkan penjelasan mengapa anak guam mereka dihadapkan ke mahkamah awal minggu ini tanpa notis awal.
2 Julai 2024 – SPRM membebaskan tiga kakitangan Prolintas yang ditahan reman selama lapan hari bermula 25 Jun hingga 2 Julai.
2 Julai 2024 – SPRM menahan reman dua subkontraktor — seorang pengerusi dan seorang lagi pengarah syarikat subkontraktor (Cantilever Bumi Sdn Bhd) — berhubung dakwaan rasuah salah satu kontrak lebuh raya, bernilai RM1 bilion.
Pengerusi syarikat bergelar Datuk sehingga 6 Julai. Manakala Pengarah syarikat sama turut direman sehingga 4 Julai.
Kedua-duanya disyaki memberi rasuah sehingga RM200,000 kepada pegawai badan berkanun sebagai pertukaran menerima kerja projek pembinaan lebuh raya yang dilakukan oleh syarikat lain sebelum ini. Mereka juga disyaki memberi rasuah kepada pemegang konsesi lebuh raya untuk tujuan yang sama.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Status Kes:
Siasatan undang-undang sedang berjalan